• Politik Terkini

    Monday, March 27, 2017

    LKS - " Adakah Ini Sebab Hadi Tidak Mengkritik Najib Dalam Skandal 1MDB "


    Sikap berdiam diri Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan presiden PAS itu tidak berminat dengan nasib Malaysia, kata veteran pembangkang, Lim Kit Siang.
    "Hadi menjelaskan di mana pendiriannya mengenai isu 1MDB- yang dia mahu selamatkan Najib, bukan selamatkan Malaysia.

    "Adakah ini sebab Hadi tidak mengutuk atau mengkritik Najib dalam skandal 1MDB, walaupun ia adalah ibu segala skandal kewangan di Malaysia, dan dianggap sebagai skandal kleptokratik terbesar dunia? Soalnya.
    Dalam ucapannya malam tadi di Changkat Jong, Perak, Lim bagaimanapun memberi amaran bahawa isyarat akar umbi PAS dan Umno menunjukkan mereka tidak mengikut pemimpin secara membuta tuli.

    Beliau memberi contoh berita kekalahan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz di Pengkalan Chepa PAS dan kegagalan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mermpertahan jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    Lim berkata, pemimpin PAS dan Umno tidak boleh menganggap ahli-ahli parti itu akan mengundi mengikut kehendak dan arahan mereka, tanpa mengira keadaan.

    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik