• Politik Terkini

    Sunday, March 12, 2017

    Najib Bidas Mahathir - "Saya Tidak Ikut Jejak Langkah Tun M Dera Kelantan"


    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikut jejak langkah seorang bekas Perdana Menteri yang berpendapat Kelantan wajar didera kerana menyokong pembangkang.

    Najib menegaskan, beliau sebaliknya menggunakan pendekatan berbeza iaitu mentadbir negara dengan seadil mungkin tanpa meminggir atau membeza-bezakan mana-mana negeri.


    Oleh sebab itu katanya, peruntukan pembangunan untuk Kelantan ditingkatkan sehingga mencecah RM12.11 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

    “Ada pemimpin terdahulu mudah lupa, masa dia jadi Perdana Menteri dia kata orang Kelantan patut didera dengan cara kurangkan peruntukan.

    “Tetapi saya fikir lain iaitu dengan cara tambah lagi peruntukan untuk Kelantan kerana kita mahu jadi kerajaan yang adil,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Hospital Bachok serta Jamuan Rakyat yang dihadiri 15,000 penduduk, di sini hari ini.
    Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

    MK

    3 comments:

    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete