• Politik Terkini

    Sunday, March 26, 2017

    Nazri Bisu Jumpa Mahathir !


    Walaupun debat antara mereka di Kuala Kangsar ditangguhkan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masih dapat bertemu, walaupun kedua-duanya sekadar menghirup semangkuk cendol petang semalam.

    Pada program ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada sebelah malam, Mahathir menceritakan kesungguhan Nazri untuk berdebat dengannya.
    "Tetapi saya nampak partinya tidak sokong, kerajaan tidak sokong, tiada siapa yang sokong dia supaya dia tidak boleh berdebat dengan saya. Tetapi tidak apa, kita berdebat di Shah Alam pada 7 April".
    Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hairan mengenai suasana 'sepi' antara kedua-dua mereka semalam.
    "Dia bertekad jumpa dengan saya tetapi apabila kami bertemu di tempat cendol, dia tidak berkata apa-apa. Apa gunanya berjumpa tetapi tidak kata apa-apa," jelas Mahathir dengan disambil gelak ketawa oleh para hadirin.
    Pada ketika itu, mikrofon yang digunakan Mahathir tiba-tiba tidak berfungsi.

    Selepas seminit lebih, setelah pihak penganjur bergegas untuk menyelesaikan masalah, Mahathir berjenaka,
    "Mikrofon ini seperti Nazri, hilang suara".
    MK 

    No comments:

    Post a Comment