• Politik Terkini

    Wednesday, March 22, 2017

    Panas 1MDB - Pihak Berkuasa Amerika Bersedia Dakwa Jho Low


    Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bersedia mendakwa Low Taek Jho, atau Jho Low, jutawan rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) tahun lalu dalam kertas siasatan salah guna wang 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

    WSJ memetik sumber di Singapura berkata pasukan DOJ baru-baru ini selesai melakukan soal siasat di republik itu dalam persediaannya mendakwa Jho Low.

    Pada 20 Julai, DoJ menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion dilencongkan daripada dana 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

    DoJ memfailkan saman sivil di Los Angeles untuk merampas sejumlah AS$1.2 bilion aset yang dibeli dengan dana didakwa digelapkan daripada 1MDB dan dipindahkan ke AS menggunakan syarikat kosong, dan menamakan beberapa individu.
    Selain Jho Low, saman itu turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

    DOJ baru-baru ini berusaha memasukkan beberapa harta milik keluarga Jho Low ke dalam senarai aset yang mahu disitanya.

    Ia termasuk kapal layar mewahnya, Equanimity, bernilai AS$165 juta (RM730 juta). Ahli keluarganya kini terlibat dalam proses mahkamah melawan tindakan DOJ itu.

    Sementara itu, WSJ melaporkan sejak pengumuman DOJ mengenai hasil siasatannya ke atas 1MDB tahun lalu, Jho Low, 35 tahun, kerap berulang alik dari China ke Thailand, setelah “diarahkan mengelak Malaysia”.

    Ia memetik seorang pekerja Hotel Peninsula di Shanghai sebagai berkata kapal layarnya kini berlabuh di perairan Thai sejak Oktober lepas.

    WSJ turut memetik ucapan Tahun Baharu daripada Jho Low kepada temannya di aplikasi WeChat.
    “2016 merupakan ribut, tetapi ketenangan dan keazaman Kapten kami memastikan pelayarnya yang yakin penuh terhadap kepimpinannya melalui ribut itu.”

    FMT

    No comments:

    Post a Comment