• Politik Terkini

    Tuesday, March 21, 2017

    Parti Komponen BN Akan Bincang RUU355 | PAS Bakal Bersedih?


    Parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada minggu ini.

    Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
    "Kita tunggu sampai perjumpaan itu, dan selepas itu sahaja kita tahu apa yang telah dicadangkan dan apa yang akan menjadi pendirian kita selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
    Beliau berkata dalam pertemuan bersama Najib dua minggu lepas, MIC telah menyatakan pendiriannya dan menyatakan bahawa perdana menteri memahami kedudukan MIC dalam isu itu.

    Pada 17 Mac, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU 355 sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam tanpa menjejaskan pihak lain.

    MD

    1 comment:

    1. Memang sedih! sebab tu MahaKUTTY asyik badi DEADLINE kat PAS!

      ReplyDelete

    Blogger Pembangkang

    Blogger NonPolitik