• Politik Terkini

    Sunday, March 12, 2017

    Tandas KLIA 2 Kotor, Pekerja Leka Dengan Smartphone !


    Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) perlu meningkatkan pemantauan terhadap kebersihan tandas di lapangan terbang negara ini terutama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang tidak memuaskan.

    Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata ia berikutan pemeriksaan mengejut tiga jam yang dilakukannya Selasa lalu di klia2, mendapati tahap kebersihan tandas di lapangan terbang berkenaan masih belum memuaskan.
    Katanya, perkara itu mengecewakan apatah lagi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegur masalah kebersihan itu secara terbuka di akaun media sosialnya bulan lalu.

    @NajibRazak





    Beliau berkata, MAHB perlu bertegas dan meningkatkan pemantauan di tandas lapangan terbang kendaliannya terutama klia2 kerana ia masih berada di bawah tahap memuaskan.
    "Saya memeriksa 38 tandas dalam lawatan mengejut bermula jam 9 malam itu dan mendapati kerja pembersihan tidak dilakukan sehingga lebih tiga jam padahal ia perlu dibuat setiap jam.
    "Bekas cecair pembersih pada mangkuk kencing lelaki juga kebanyakannya tidak diisi dan dibiar kosong, menyebabkan bau hancing dan hamis tidak hilang malah jika ada yang diisi pun cecairnya sudah dilarut dengan air yang banyak.

    "Menerusi pemantauan saya pekerja pembersihan kurang berdisiplin dan terlalu asyik dengan telefon bimbit mereka sehingga kerja pembersihan tidak dijalankan mengikut jadual.

    "Saya menyarankan supaya MAHB melantik lebih ramai kontraktor pembersihan di klia2 berikutan kontraktor sedia ada tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya,"
    Pada 13 Februari lalu, Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter miliknya meminta pengurusan KLIA menjaga tahap kebersihan tandas awam bagi memastikannya seiring tahap piawaian antarabangsa.

    "Saya banyak terima aduan, tak sepatutnya berlaku. Kita perlu pastikan kemudahan awam sentiasa bersih dan selesa untuk kegunaan semua," katanya


    BH



    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik