• Politik Terkini

    Wednesday, March 29, 2017

    WSJ Lapor Malaysia Diperguna Korea Utara "Cabuli Sekatan Antarabangsa"


    Pihak polis sedang menyiasat sebuah syarikat negara ini yang menggunakan pekerja Korea Utara untuk membina rumah di Afrika, sebagai sebahagian daripada tuduhan bahawa Korea Utara melanggar sekatan antarabangsa melalui syarikat Malaysia.

    Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber, hari ini melaporkan bahawa pengarah syarikat warga Korea Utara itu menggunakan kenderaan diplomatik Korea Utara apabila beliau berada di Malaysia dan Afrika.
    "Syarikat itu memperolehi puluhan juta dolar atau lebih melalui projek pembinaan di Angola dan Zambia sepanjang dekad yang lalu, menurut dua penganalisis yang secara berasingan menilai operasi perniagaan syarikat berkenaan.
    "Syarikat itu mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Korea Utara, menurut beberapa pakar Korea Utara, termasuk seorang penganalisis, Park Syung-je, yang juga adalah pengerusi Institut Strategi Asia, sebuah pusat penyelidikan Seoul," lapor WSJ.
    WSJ juga melaporkan kumpulan hak asasi manusia mendakwa pekerja Korea Utara yang bekerja dengan syarikat itu di Afrika biasanya diwajibkan menyerah sebahagian besar daripada pendapatan mereka apabila pulang ke Korea Utara yang ditetapkan sebagai syarat untuk ke luar negara.

    Akhbar harian berpangkalan di Amerika Syarikat itu berkata usahanya menghubungi pekerja di ibu pejabat syarikat berkenaan di Kauala Lumpur enggan menjawab soalan mereka dan usaha untuk mendapatkan pengarah syarikat induk dan rakan perniagaannya dari Malaysia tidak berjaya.
    "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang memeriksa syarikat itu untuk kemungkinan pelanggaran sekatan terhadap Korea Utara dan mahu Malaysia menyiasat syarikat berkenaan dan lain-lain yang mungkin terlibat.

    "PBB asalnya menimbulkan kebimbangan tentang operasi syarikat itu pada tahun 2014, badan dunia itu sekali lagi menimbulkan kebimbangannya dalam laporan Februari, dan berkata kerajaan Malaysia tidak memberi maklum balas berhubung soalan mereka," kata WSJ.

    MK

    No comments:

    Post a Comment