• Politik Terkini

    Tuesday, March 7, 2017

    Zahid Hamidi Keluarkan Arahan Tindakbalas "Rakyat Korea Utara Tidak Dibenarkan Keluar Malaysia"

    Dalam kesibukan rakyat malaysia duk persoal najib #BR1M tak masuk sbb daftar ssm, sebab pelbagai lagi lah. Isu antara malaysia dan korea utara dilihat semakin meruncing. Regim mengeluarkan arahan larangan rakyat negara tersebut daripada meninggalkan DPRK. Sejurus selepas itu, melalui tweet bernama pula menyatakan Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan meninggalkan malaysia. Berkuatkuasa serta-merta.

    Dah jadi ibarat, 2 negara menjadikan rakyat masing2 sebagai tebusan untuk menyelesaikan krisis pembunuhan. Harap perkara ni diselesaikan dengan baik. Kalau nak berperang pun, pergilah berperang ditengah lautan.

    Merujuk Malaysiakini :
    Reuters memetik agensi KCNA melaporkan Kementerian Luar Korea Utara telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu.
    "Semua warga Malaysia di DPRK (Republik Demokratik Rakyat Korea) dilarang daripada meninggalkan negara ini buat sementara waktu, sehingga kejadian yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan betul, " kata agensi berita rasmi KCNA, yang memetik Kementerian Luar.
    Sementara itu, AFP pula melaporkan larangan itu sekali gus berpotensi menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan berikutan pergeseran diplomatik yang semakin meruncing.
    Dalam perkembangan berkaitan, Bernama yang memetik sumber berkata terdapat sembilan rakyat Malaysia yang dipercayai berada di Korea Utara.
    Daripada jumlah itu, tiga adalah kakitangan kedutaan Malaysia manakala enam lagi adalah ahli keluarga mereka.

    @bernama

    1 comment:

    1. ketua gangster bagan datoh vs korea utara. korea selatan dgn amerika pun talak belani wooo dgn ituu kolea utala

      ReplyDelete

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik