Amaran Allah Ketika Muktamar PAS Di Kedah

Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.
.
Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.
.
Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.
.
Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.
.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.
.
Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung.
.
*MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara

Post a Comment

8 Comments

  1. bukak cara dengan celaan...dapat la rasa celaan Allah...

    Apa??? jahanam??? oohhh, bukan ikrar, kira halal la nak mencela kan? rasakan ko, signal dari yang Maha Agung...

    ReplyDelete
  2. Hebat kau bhai, tahu pulak itu amaran dari Allah swt, kenapa UMNO/BN yang tak kena amaran bhai? Kezaliman sepatutnya yang dapat amaran, hebat kau bhai boleh tahu itu satu amaran dari Allah swt pada PAS, tapi pelik pula kenapa UMNO/BN tak kena amaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO dapat amaran dengan kesempitan ekonomi, hutang yang banyak dan banyak lagi kemalangan dalam negara...buka hati mu untuk melihat petunjuk Allah.

      Delete
    2. Nur Liyana Faqihah, kesempitan ekonomi dan hutang yang banyak itu bukan satu amaran, itu adalah satu kesilapan pemimpin yang rakus dan zalim terhadap rakyat demi memenuhi kehendak nafsu serakah, fahami dulu maksud ujian dan amaran, ianya berbeza.

      Delete
    3. Amaran atau ujian datang apabila berlakunya kesilapan agar kita bermuhasabah.

      Delete
    4. Amaran bukan ujian, amaran adalah peringatan kepada kesilapan manakala ujian pula adalah untuk menguji tahap kekuatan iman kepada mereka yang beriman kepada Allah swt, ujian tidak akan menyusul kepada mereka yang tidak beriman.

      Delete
    5. apa bodoh sangat ko ni??? tak belajar ngan derih ke??? cuba tanya derih bab bab fatwa bala ni...

      Delete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete