Biasiswa Rusia - Khas Untuk Pelajar Malaysia "Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear."


Kerajaan Rusia menerusi kedutaannya di sini menawarkan biasiswa penuh kepada 2 pelajar Malaysia bagi mengikuti program pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.

Penolong Pengarah, Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, Alena Belozertseva berkata tawaran biasiswa itu adalah sebagai langkah untuk pertukaran ilmu antara Rusia dan Malaysia.
“Setiap tahun, kami menerima kedatangan kira-kira 600 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di Rusia terutama dalam bidang perubatan dan kejuruteraan,” 
Pada masa ini, kerajaan Rusia menawarkan 11 biasiswa dan dua darinya diperuntukkan untuk program ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Tenaga Nuklear.

Sementara itu, Duta Rusia di Malaysia, Valery Yermolov berkata beliau berharap akan wujud penerbangan langsung antara Moscow dan Kuala Lumpur dalam masa akan datang.
“Malaysia adalah sebuah destinasi menarik untuk dikunjungi dan sejumlah kira-kira 50,000 rakyat Rusia melawat Malaysia setiap tahun,’ 
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu, berkata tawaran 2 biasiswa itu adalah petanda baik negara bekas Soviet itu ingin berkongsi kepakaran mereka dalam bidang teknologi canggih dengan Malaysia.

“Hubungan diplomatik ini akan menjadi lebih kukuh dan ia pasti memberi manfaaat kepada generasi akan datang,”

Mengenai cadangan mengadakan penerbangan langsung, katanya, cadangan tersebut perlu dipertimbangkan oleh Malaysia Airlines dan AirAsia.
“Rusia adalah sebuah negara yang besar. Penerbangan tidak semestinya hanya ke Moscow… mungkin ia dari Kuala Lumpur ke bahagian timur Rusia kerana tempatitu menarik untuk dikunjungi,” 
Awal bulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia sudah bersedia untuk tenaga nuklear dan laporan akhir Kajian Infrastruktur Nuklear Bersepadu (INIR) Misi Fasa 1 akan dibentangkan kepada Kabinet.

Terdahulu, lebih 100 ekspatriat Rusia dan Malaysia menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu dan mereka turut dihiburkan dengan persembahan pemuzik Rusia yang menggunakan alat muzik tradisional negara itu.

FMT

Post a Comment

0 Comments