Korea Utara Ikrar Serangan Nuclear Terhadap "Armada Trump"


Media Korea Utara pada Selasa memberi amaran tentang serangan nuclear terhadap Amerika Syarikat (AS) jika dikesan sebarang tindakan agresif Amerika.

Ini berikutan pergerakan tentera laut AS di barat Pasifik yang disifatkan Presiden Donald Trump sebagai ‘armada’.

Trump, yang sering mendesak China untuk bertindak sesuatu ke atas jirannya Korea Selatan, berkata AS akan ‘menyelesaikan masalah’ sama ada bersama tau tanpa China.

Ketegangan memuncak di semenanjung Korea susulan kebimbangan terhadap Korea Selatan yang mungkin melancarkan ujian nuklear keenam, lebih-lebih lagi apabila Washington mengarahkan kapal pembawa pesawat pejuang, Carl Vinson, ke arah semenanjung Korea untuk menunjukkan kuasanya.
“Kami menghantar armada. Sangat berkuasa. Kami memiliki kapal selam. Sangat berkuasa. Jauh lebih berkuasa daripada kapal pembawa pesawat pejuang. Itu yang saya boleh beritahu,” ujar Trump.
Merujuk kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, Trump berkata:
“Dia melakukan perkara yang salah.”
Ditanya pula pendapatnya sama ada Jong Un waras, Trump menjawab: 
“Saya tak tahu. Saya tak kenal dia.”
Terdahulu, Korea Utara  Korea mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu sedia membalas sebarang provokasi AS.
"Tentera revolusi kami sangat memantau teliti sebarang tindakan musuh, dan senjata nuklear kami menumpukan kepada pangkalan tentera AS, bukan sahaja di pusat operasi Korea Selatan dan Pasifik, malah di tanah besar," lapor akhbar Rodong Sinmun.
Di sebalik retorik ketenteraan, sumber rasmi AS sebelum ini menekankan tentang sekatan yang lebih ketat terhadap Korea Utara bagi mendesak negara itu melupakan program nuklearnya.

Pada masa yang sama, Washington memberi amaran bahawa semua pilihan tindakan termasuk ketenteraan sudah sedia, serta serangan AS terhadap Syria minggu lalu perlu dilihat sebagai amaran buat Pyongyang.

Kumpulan ‘armada’ yang dilaporkan menuju Korea termasuklah kapal pembawa pesawat, USS Carl Vinson, dua pesawat pemusnah dan sebuah kapal perang. Ia biasanya disertai beberapa buah kapal selam, walaupun Pentagon lazimnya tidak menguar-uarkannya.

AstroAwani

Post a Comment

13 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. I love your blog why don't you come to our blog!!!!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete