• Politik Terkini

    Monday, April 3, 2017

    KWSP Rugi RM203.18 Juta Selepas Jual Saham Felda Global Holdings Berhad (FGV)


    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

    Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.
    "KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis,"
    KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.

    Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.

    FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.

    Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.

    Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik