Lazarus - Kaspersky Bongkar Korea Utara "Hack Bank" Seluruh Dunia Termasuk Malaysia



Korea sebuah negara komunis dimana tiada sesiapa yang mengetahui keupayaan sebenar ketenteraan dan kemajuan teknologi di korea utara. Setiap daripada kita disogok dengan berita keburukan korea utara, kemunduran dan pelbagai lagi keburukan korea utara. Tanpa diduga korea utara terus menerus membina empayar nuklear walaupun berdepan dengan sekatan ekonomi global. China dikatakan menjadi tulang belakang utama korea utara.

Menurut kenyataan kaspersky yang dinyatakan oleh CNN, perkembangan hackers dari korea utara yang menggelar diri mereka "Lazarus" semakin hebat menjalankan aktiviti hacking banking system dan terbaru mereka menyasarkan bank di 18 negara.

Sebelum ini, empat serangan dalam cubaan mencuri wang daripada negara Bangladesh, Ecuador, Filipina dan vietnam dikesan. Samada berjaya atau tidak lazarus mencuri tidak dinyatakan.

Dalam kenyataan lain juga kaspersky menyatakan "lazarus" semakin giat menjalankan aktiviti hacking yang melibatkan negara Costa Rica, Ethiopia, Gabon, India, Indonesia, Iraq, Kenya, Malaysia, Nigeria, Poland, Taiwan, Thailand, and Uruguay. Mungkin ini boleh dikatakan sebagai amaran awal kepada tahap keselamatan BNM untuk memastikan sistem malaysia dikawal dengan rapi.

Kaspersky memaklumkan, lazarus menggunakan pelbagai hacking style yang sangat mengelirukan, tetapi pihak mereka lupa tentang "internet connection" base. Dimana pihak kaspersky mendapati ia adalah connection daripada negara korea utara.

Laporan Asal : CNN

Post a Comment

1 Comments