Mahfodz - Pemerintahan Mahathir Gagal Utamakan Perpaduan Melayu Atas Prinsip Islam


PAS membidas kembali kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas bekas Perdana Menteri itu menuduh parti berkenaan punca kepada perpecahan masyarakat Melayu-Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, punca sebenar kepada perpecahan masyarakat Melayu adalah akibat daripada pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini yang gagal mengutamakan perpaduan masyarakat Melayu diatas prinsip Islam.
"Dr Mahathir sejak dari dahulu memusuhi PAS. Semasa beliau berkuasa, bukan beliau hendak tolong orang Melayu-Islam. Orang Melayu tidak berjaya pun kerana beliau sendiri tidak menaikkan kaum ini.
"Malah persempadanan Melayu pun berkurangan kononnya hendak dapatkan undi dari kaum Cina. Akhirnya makan tuan, apabila kaum Cina tidak sokong UMNO," katanya merujuk kepada persempadanan semula kawasan parlimen sewaktu zaman pemerintahan Dr Mahathir.
Dr Mahathir kini meneraju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai salah satu parti komponen Pakatan Harapan mendakwa penubuhan PAS merupakan satu malapetaka kepada masyarakat Melayu.

Menerusi blognya, Pengerusi PPBM itu berkata : 
Sungguhpun masyarakat Melayu merupakan jumlah majoriti rakyat Malaysia, dengan adanya parti PAS, masyarakat Melayu berpecah dan secara langsung menjadi kumpulan minoriti dek kerana perpecahan ideologi politik.
Membidas tuduhan Dr Mahathir, Mahfodz menegaskan bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masyarakat Melayu semakin berpecah selepas kegagalan menyatupadukan ahli UMNO dan tertubuhnya sayap kiri UMNO, Semangat 46.
"UMNO, kerana Dr Mahathirlah berpecah kepada Semangat 46. Kerana beliau jugalah UMNO berpecah dan tertubuhnya PKR. Dan kerana Dr Mahathirlah UMNO juga berpecah dan menubuhkan PPBM. Yang memecahbelahkan Melayu-Islam adalah Dr Mahathir," 
Tulisan Dr Mahathir turut mengungkit isu kafir-mengkafirkan masyarakat Melayu-Islam oleh PAS suatu masa dahulu.

Katanya, budaya tersebut merupakan cara PAS untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu yang tidak menyertai PAS sehingga mencetuskan perbalahan didalam keluarga Melayu yang dirasai sehingga ke hari ini.
"Tidak payah ungkit perkara lama, kerana dahulu UMNO pun teruk ketika di bawah Dr Mahathir. Sentiasa memusuhi Islam berhabis-habisan. Ramai yang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan yang menjadi mangsa adalah orang PAS.
"Namun hari ini orang Melayu sudah mula hendak bersatu, contohnya dalam isu Rohingya. Mereka bersatu walaupun tidak dalam politik," tegasnya lagi.

MD

Post a Comment

1 Comments

  1. Lebai terasa parti dia juara satukan ummat Melayu. Dia tk tau ke pemecah bangsa tu duk dalam parti dia...hggakan bla kluo jemaah, dikatanya pengkhianat

    ReplyDelete