Panas!! SPRM Lanjut 4 Hari Tempoh Reman Adam Rosly !!


Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan tahanan ke atas Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly dilanjutkan selama empat hari lagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman Adam yang bermula esok hingga Sabtu ini.
Adalah difahamkan bahawa Adam dibawa ke Mahkamah Majistret pada kira-kira jam 9:30 pagi ini.

Adam ditahan selepas beliau hadir untuk disoal siasat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu.

Beliau direman selama lima hari bermula 14 April lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Pada 14 April lalu, SPRM turut menyita lima kenderaan mewah milik Adam, 28 bagi membantu siasatan dan pada masa sama turut membekukan sebanyak lapan akaun bank bernilai RM212,461 milik beliau dan isterinya.

Kereta mewah jenis Toyota Vellfire, Mercedes-Benz C200, BMW 5 Series, Mini Cooper dan Audi A6 juga dirampas di rumah Adam di Ampang, Selangor dan semua kereta mewah tersebut akan disita sehingga siasatan diselesaikan.
Beliau pada November tahun lalu menjadi perhatian apabila didedahkan memiliki kekayaan dianggap luar biasa oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Jamal menyewa sebuah helikopter untuk membawa wartawan melihat pemandangan banglo Adam dari udara. Kediaman itu didakwa Jamal bernilai RM7 juta.

Bagaimanapun Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo berkenaan pada harga RM1 juta melalui lelongan.

Beliau juga mendakwa kekayaan itu diperoleh daripada perniagaan yang dijalankannya.

MK

Post a Comment

0 Comments