Perbandingan "Pengguna Bayar" Air Penang, Selangor, Johor & Melaka

Selangor Dengan 20 Meter Padu Air Percuma. Pulau Pinang Pula Dengan 35 Meter Padu Dengan Tarif Terendah Berbanding Seluruh Negara.

Kerajaan Pakatan di Selangor telah memberi bekalan air percuma kepada rakyat yang tinggal dalam Selangor sejumlah 20 meter padu. Ramai tertanya-tanya 20 meter padu itu banyak mana?

Sebenarnya, 1 meter padu adalah bersamaan 1 cubic meter yang juga bersamaan bersamaan 1,000 liter. Justeru 20 meter padu itu adalah sebanyak 20 ribu liter air.

Harga Air bagi satu meter padu (m3) di atas berbeza mengikut negeri  sebagai contoh kita ambil yang *Termahal* dan *Termurah* iaitu :

TERMAHAL
▪Johor
▪1 meter padu = RM1.07

TERMURAH
▪Pulau Pinang
▪1 meter padu = 31 sen

Jika anda menggunakan air sebanyak 20 meter padu sebulan maka  :

🚰 *Rakyat Johor* kena bayar sebanyak RM1.07 × 20 (m3) =  *RM21.40 sebulan.*

🚰 *Rakyat Pulau Pinang* kena bayar sebanyak 31 sen × 20 (m3) =  *RM6.20 sebulan*

🚰 *Rakyat Melaka* perlu membayar 75 sen × 20 (m3) =  *RM15.00 sebulan*

🚰 *Rakyat Selangor* paling beruntung kerana penggunaan 20 meter padu pertama adalah  *FREE*, (yang kata tidak dapat free itu adalah disebabkan mereka tidak menggunakan meter air sendiri).

Post a Comment

0 Comments