• Politik Terkini

    Wednesday, April 12, 2017

    PTPTN - Apakah Kerajaan Sudah Buntu Penyelesaian? Bakal Doktor Tersenarai CCRIS


    Isu permasalahan keberhutangan serius pelajar bukan satu isu baru, malah dinegara maju juga mereka mula memikirkan cara terbaik untuk mengelak pelajar daripada mengalami keberhutangan gara-gara pengajian. Sebab itu terdapat negara memberi pengajian percuma untuk pelajar supaya generasi pelajar bijak tidak mengalami keberhutangan serius.

    Jika dilihat dari struktur gaji bagi pelajar lepasan U, boleh dikatakan dalam lingkungan 1000-1500, jika ko bernasib baik, dapatlah gaji 2000-2500. Belum ditolak dengan kos sewa rumah, kos ulang alik kerja, kos makan, kos minyak kereta, motor. Duit perbelanjaan untuk ibu dan ayah. Bagi yang bakal berkeluarga atau berkeluarga kos tersebut semakin meningkat.

    Hutang wajib bayar. Yea mmg betul. Tapi cara memberi hutang adalah secara paksa rela. Pelajar dipaksa berhutang dengan perjanjian paksa. Jika menolak, mungkin ko akan terlepas untuk mendapat segulung ijazah. Jika ko mahu bekerja sambil belajar, amat mustahil jika satu sem ko menghadap 24 jam kredit ataupun satu-satu course yang susah. Masa untuk tumpuan belajar perlu diberi perhatian.

    Itu belum termasuk lagi, kolej yang seolah menawarkan kursus yang entah apa-apa entah. Yang pasti PTPTN dapat teruskan perniagaan paksa rela pelajar dan kolej dapat menjana wang dari pelajar dengan pelbagai inisiatif palsu.

    Mungkin BNM lebih suka menunggu bubble debt baru tindakan hendak diambil...

    Petikan FMT :  Latihan Belum Mula, Horseman Kena GAM PTPTN

    Ibu bapa seorang graduan perubatan yang masih menunggu latihan siswazah (housemanship) kecewa apabila mendapati anak perempuan mereka disenaraihitamkan oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), hanya 2 bulan selepas tamat pengajian.

    Graduan itu berhadapan dengan situasi tersebut atas alasan masih belum mula menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


    Ibu bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Edwin memberitahu FMT, anak mereka menamatkan pengajian November lalu tetapi menerima surat PTPTN Januari lepas meminta dia membayar balik pinjaman.


    “Dia masih menunggu tempat sebagai doktor pelatih. Bagaimana dia boleh membayar balik pinjaman jika dia masih belum mula bekerja?”


    Lebih buruk lagi, Edwin berkata, apabila dia pergi ke PTPTN pada bulan Januari untuk mendapatkan lanjutan tempoh pembayaran balik, dia mendapati anaknya itu disenaraikan dalam CCRIS.


    Walaupun diberi lanjutan untuk pembayaran balik pinjaman sehingga Ogos, Edwin berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan PTPTN Kuala Lumpur yang dia akan kekal disenaraikan dalam CCRIS.


    “Dia tidak boleh mengambil pinjaman untuk kereta atau kad kredit sekarang kerana disenaraikan dalam CCRIS. Saya tidak faham mengapa PTPTN membuatkan kehidupan begitu sukar untuk pelajar.


    “Ia berbeza jika seseorang telah menamatkan pengajian selama lebih setahun dan tidak dibayar balik pinjaman mereka, tetapi anak perempuan saya tidak mempunyai peluang untuk mencari nafkah lagi.”

    Katanya, PTPTN harus memberi kelonggaran untuk graduan perubatan, farmasi dan pergigian yang tidak dapat mencari pekerjaan seperti pelajar lain tetapi terpaksa menunggu penempatan sebagai doktor pelatih.


    Ketika dihubungi, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah memberitahu FMT, pihaknya akan meneliti kes anak perempuan Edwin.


    “Kami perlu menyiasat terlebih dahulu,” katanya sambil menambah, ia mungkin satu kesilapan teknikal.
    Beliau berkata, pada umumnya PTPTN hanya akan mula meminta pembayaran balik pinjaman 6 bulan selepas tamat pengajian.


    “Bagi penyenaraian di CCRIS, terdapat kriteria tertentu yang perlu dipenuhi sebelum kami menyenaraikan seseorang di bawah CCRIS,” kata beliau sambil menambah, antaranya, disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman.


    Menurut laman web PTPTN, mereka yang tidak membayar balik pinjaman 6 bulan selepas tamat pengajian akan disenaraikan dalam CCRIS.


    Shamsul berkata, bagi mereka yang tidak dapat membayar balik pinjaman boleh berbincang dengan PTPTN untuk meminta lanjutan.


    Bergantung kepada jumlah pinjaman dan usia peminjam, Shamsul berkata, lanjutan sehingga 24 bulan dapat disediakan.


    Disember lalu, dilaporkan seramai 1,574,700 peminjam gagal membayar balik pinjaman PTPTN mereka bernilai RM32.07 bilion, dan disenaraikan dalam CCRIS.

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik