• Politik Terkini

    Wednesday, April 5, 2017

    Suhaizan - Pas Enggan Keluar Pentadbiran Selangor Kerana "Nikmat Gaji Berpuluh Ribu"


    Pimpinan PAS enggan keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor walaupun telah memutuskan kerjasama dengan PKR kerana takut hilang gaji berpuluh ringgit sebulan daripada kerajaan Selangor.

    Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat turut membayangkan pimpinan PAS takut akan kehilangan kuasa dan segala kemudahan duniawi yang mereka nikmati daripada kerajaan Selangor selama ini.
    “Seperti yang dijangka. Hampir mustahil PAS keluar daripada kerajaan Selangor waktu ini. Sudah ada kuasa, ada kemudahan, gaji berpuluh ribu. Tiba-tiba nak keluar? Teori bolehlah,”
    Beliau mengulas pengumumam PAS bahawa parti itu tidak akan keluar meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana kerajaan yang terbentuk itu adalah hasil pencapaian bersama tiga parti pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

    Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keputusan PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor tiada kaitan dengan usul yang dibuat PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

    Kata beliau, itu daripada sudut hubungan umum antara PAS dan PKR tetapi untuk kerajaan negeri itu adalah hak milik bersama.
    “Kenapa perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor? Itu hak kita, rumah kita kenapa nak bagi kepada orang. Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali mahu PAS kekal kerana sedar bahawa dia takkan menyandang jawatan Menteri Besar tanpa PAS.

    “PKR tidak boleh bercakap dengan nada yang sombong kerana PRU akan datang sangat jauh berbeza dengan PRU lepas,” kata Mohd. Khairuddin.

    MNH

    3 comments:

    1. PAN...Parti Angkut Najis binatang ternakan dan biayaan Dapigs... telinga Mat Sabu selalu dipulas oleh LGE dan dicampak tulang dan disuruh Mat sabu mengejarnya...kah..kah..kah!

      ReplyDelete
      Replies
      1. Mcm ni ker gaya percakapan orang penegak islam. Rendah sgt tahap ko berfikir. Ingatkn cerdik.

        Delete
    2. bukan rendah walaun ni...

      ReplyDelete

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik