• Politik Terkini

    Monday, April 3, 2017

    Terjawab! Cheng Hoe Melepaskan Jawatan Jurulatih Kedah Dengan Dukacita


    Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe akhirnya menyatakan keputusannya untuk meninggalkan skuad Helang Merah.

    Berakhir sudah khabar angin yang menggelisahkan penyokong Kedah, jurulatih berusia 49 tahun itu mengesahkan beliau akan menyertai skuad kebangsaan sebagai penolong jurulatih.
    "Saya harap semua pihak termasuk penyokong memahami keputusan untuk meletak jawatan," katanya seperti dilaporkan mStar Online hari ini.
    Chneg Hoe dilaporkan meletak jawatan selepas Kedah menewaskan PKNP FC di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

    Menurut Cheng Hoe, beliau terpaksa meletak jawatan walaupun tindakan itu bakal menghampakan penyokong skuad berkenaan.
    "Saya berharap peminat dan pemain serta barisan kejurulatihan dapat memahami keputusan saya, walaupun sukar tapi saya perlu berbuat demikian untuk membantu skuad kebangsaan.
    "Setelah bersama Kedah sejak pertengahan 2015, saya telah mendapat kerjasama dari pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan baik selain pemain dan rakan setugas. Terima kasih kepada semua," katanya dipetik sebagai berkata.
    Tambah jurulatih terbaik 2016 itu, dia melalui banyak pengalaman manis bersama pasukan Kedah selepas menjuarai Liga Perdana, naib juara Piala Malaysia 2015 dan menjulang Piala Malaysia 2016.

    Kini, tugasnya di Alor Setar digalas Mohd Nidzam Adzha Yusof yang diyakini mampu mengendalikan pasukan Kedah untuk menghadapi baki saingan liga Malaysia musim ini.
    "Saya yakin Nidzam dapat membimbing pasukan ini kerana sebelum saya dilantik sebagai ketua jurulatih, beliau merupakan individu penting di sini, malah beliau juga telah berjaya membimbing skuad ketika ketiadaan saya.
    "Kejayaan Kedah tidak terletak pada saya sahaja tetapi pemain yang ada kerana mereka telah memberi komitmen dan berjuang demi Kedah," katanya yang berkhidmat bersama Kedah sejak 2014.
    Sementara itu, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak dakwaan bahawa tawaran kepada Cheng Hoe itu adalah untuk menjatuhkan mana-mana pasukan.

    Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, selepas melantik Mario Gomez sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan beliau memberi kebebasan kepada jurulatih dari Argentina itu untuk memilih penolongnya.
    "Tetapi dengan syarat penolong jurulatih beliau mestilah jurulatih tempatan. Dan Mario sendiri menyatakan bahawa beliau berminat dengan Tan Cheng Hoe oleh kerana dalam ramai-ramai jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik baginya.
    "Tetapi ia terpulang kepada Tan Cheng Hoe untuk menerimanya atau tidak," katanya dalam kenyataan malam tadi.

    MK 

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik