Waspada! Panadol / Paracetamol Dalam Jamu


Seiring dengan pertumbuhan industri jamu tradisional, kini banyak pengusaha yang mencampurkan bahan kimia agar efeknya tampak dramatik. Penemuan bahan kimia seperti paracetamol, fenilbutason, dexamethasone, antalgin, sildenafil dan tadalafil sitrat di sebalik label yang tertera pada kotak bungkusan, dikhuatiri boleh memberi kesan sampingan dan impak jangka panjang yang berbahaya terhadap kesihatan pengamalnya.

JAMU SAKIT SENDI

  • Rasa sakit bahu, sakit pinggang, lenguh sendi dan kekejangan merupakan alasan yang mendorong seseorang mengamalkan jamu sakit sendi. 
  • Hakikatnya, pakar menemukan sejumlah dexamethasone, phenilbutazone atau diclofenac dalam dos yang besar lantaran fungsi bahan antiradang ini yang mampu menyembuhkan dalam jangka masa pendek. 
  • Kesan sampingannya adalah moon face iaitu wajah kembang seperti bulan.


JAMU KUAT LELAKI

  • Sejumlah sildenafil kerap ditemukan dalam ubat kuat lelaki. 
  • Sildenafil merujuk kepada ubat anti-disfungsi ereksi yang juga dikenali sebagai Viagra. 
  • Bahan kimia ini berbahaya kepada jantung dan penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh membawa maut.


JAMU PELANGSINGAN BADAN

  • Penggunaan bahan terlarang seperti sibutramine menjadi racun pembunuh di dalam jamu ini. 
  • Sibutramine menjadi pilihan pengusaha jamu pelangsingan kerana kesannya yang amat pantas. 
  • Namun ia boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan kegagalan fungsi organ ini dengan drastik.


JAMU BUANG ANGIN

  • Punca kerap sakit kepala, lenguh-lenguh dan mudah sendawa dikatakan berkait rapat dengan masalah ‘masuk angin dalam badan’. 
  • Maka ramailah yang mengamalkan jamu buang angin, yang didapati mengandungi paracetamol seperti Panadol. 
  • Seperti yang diketahui, paracetamol memang baik untuk meredakan gejala masuk angin dan demam, namun jika dos tinggi diambil pada setiap hari, boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.


JAMU DEMAM & BATUK FLU

  • Tanpa disedari, ramai pengusaha jamu tradisional yang mencampurkan chlorpheniramin maleat (CTM) yang bersifat antihistamina dan anti-alergi ketika meracik jamu. 
  • Sebilangan lagi menggunakan dexamethasone, sejenis antiradang untuk merawat simptom penghidap demam atau batuk flu.


Sebagai pengguna, anda perlu bersikap cakna dan ambil tahu tentang ramuan yang digunakan dalam sesuatu jamu yang dibeli. Jangan sembarangan dan lebih baik jika anda belajar cara membuatnya sendiri di rumah. Pilih bahan yang segar, suci dan bersih agar fungsi jamu yang sepatutnya semula jadi itu kekal semula jadi, seperti mana yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu kala.

Nona

Post a Comment

0 Comments