• Politik Terkini

    Monday, May 1, 2017

    Dr Maza - GST, Halal Atau Haram?


    Konsep siyasah dalam Islam secara umum menetapkan تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة (tindakan pemerintah dalam urusan rakyat dibina atas kemaslahatan rakyat).
    .
    Ini bermaksud urusan pemerintahan itu segala keputusan dan tindakan hendaklah berasaskan kepentingan rakyat yang tidak bercanggah dengan syarak.
    .
    Jika ada tindakan penguasa yang menyanggahi kepentingan rakyat dan negara, sebaliknya sekadar kepentingan beberapa pihak tertentu sahaja sehingga mengorbankan kepentingan rakyat awam maka itu jelas menyanggahi Islam.
    .
    Timbul persoalan; bolehkah pemerintah mengambil cukai daripada rakyat?
    .
    Jawapannya hal itu hendaklah dilihat kepada 'apakah cukai itu untuk kepentingan rakyat ataupun satu keburukan dan kesusahan kepada rakyat?'
    .
    Jika cukai itu kembali kepada kepentingan hidup rakyat maka ia dibolehkan. Jika ia membebankan dan tidak kembali kepada kemaslahatan rakyat, maka ia sesuatu yang haram.
    .
    Jika nyata cukai itu mengembalikan faedah kepada rakyat maka kita sebagai rakyat wajib taat dan menyokongnya.
    .
    Jika zahir daripada cukai itu bebanan ke atas rakyat ataupun penyalahgunaan wang awam yang dikumpulkan  maka ia sesuatu yang mungkar dan hendaklah para ulama membantahnya. Dengan sebab itulah al-Imam al-Nawawi r.h ( w. 667) membantah raja pada zamannya berhubung dengan cukai yang ingin dikutip.

    Dalam al-Asybah wa al-Nazair, al-Sayuti menyebut kalam al-Imam al-Syafi’i : « منزلة الإمام من الرعية بمنزلة الولي من اليتيم » (kedudukan pemerintah dengan rakyat seperti kedudukan penjaga dengan anak yatim). Ertinya sepertimana simpati lagi amanah penjaga anak yatim terhadap anak yatim yang lemah demikianlah itulah yang mesti dilakukan oleh pemerintah.

    Ada yang bertanya saya tentang hukum GST. Sebelum menjawab persoalan itu hendaklah dikaji apakah GST telah memberikan kemaslahatan kepada rakyat ataupun sebaliknya?
    .
    Mungkin rakyat boleh menjawab terlebih dahulu dan pemerintah menjelaskan sejauh manakah GST benar-benar merealisasikan kemaslahatan rakyat.
    .
    Apakah GST telah merealisasikan kepentingan rakyat ataupun sebaliknya?
    .
    Apakah GST itu tanda simpati dan kasih pemerintah kepada rakyat ataupun sebaliknya?

    DrMaza

    2 comments:

    1. Adakah anda memerlukan tunai untuk membayar hutang atau memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan wang untuk pendidikan anak-anak atau rawatan anda? Hubungi kami untuk tunai segera semalam. Email: (golden.tcs001@gmail.com atau nombor Whatsapp +918015861823)

      ReplyDelete