• Politik Terkini

    Monday, May 8, 2017

    Dr Maza - Kerjasama PAS-UMNO | Kemungkiran Pentadbiran, Tidak Boleh Berdiam Diri


    Berita yang menarik. Semoga mendapat rahmat Allah buat kedua pihak. Bagi saya bukan isu kerjasama politik yang utama tapi yang paling penting tapi kenyataan dalam ini berita ini:
    "Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata anggota PAS kini semakin bersikap lunak terhadap UMNO apabila tidak lagi memainkan isu kafir-mengkafir dan pulau-memulau antara penyokong sehingga menyebabkan pergeseran dalam masyarakat".
    Semoga kita semua menjadi umat yang satu dengan kepada HANYA Allah kita menyembah. Kerjasama itu jika ikhlas sesuatu yang baik.
    Namun, dalam masa sama setiap kita tidak boleh mendiamkan diri jika ada kemungkaran dalam pengurusan politik dan pentadbiran rakyat. 
    Hubungan sesama muslim diperkukuhkan namun tugas kehidupan muslim iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran mestilah berterusan.

    DrMaza

    1 comment: