• Politik Terkini

    Sunday, May 21, 2017

    Dr Rosli Yaakop - Pakatan Harapan Tidak Memerlukan PAS Untuk Menang PRU14

    DALAM pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Umno memenangi 88 kerusi parlimen (termasuk 8 kerusi dimenangi UMNO Sabah), tidak cukup 24 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.  Bila dicampur dengan kerusi yang dimenangi rakan gabungannya di Semenanjung – MCA (7 kerusi), MIC (4) dan Gerakan (1) - gabungan Umno-MCA-MIC masih kekurangan 12 kerusi untuk membentuk kerajaan.
    .
    Simpanan Tetap
    .
    Hanya bila dicampur dengan kerusi yang dimenangi rakan parti gabungannya di Sabah (22/25 termasuk 8 dimenangi Umno Sabah) dan Sarawak (25/31), barulah gabungan pelbagai parti Umno-BN dapat membentuk kerajaan. Itulah sebabnya kerusi di Sabah dan Sarawak itu dipanggil “simpanan tetap” buat Umno yang tanpanya, Umno-BN sudah pun menjadi parti pembangkang pasca PRU13.
    .
    Sekaligus ini menunjukkan bahawa politik yang berdaya maju di Malaysia ialah politik bergabung. Hakikatnya, mustahil bagi mana-mana parti secara bersendirian boleh memerintah Malaysia. Inilah hakikat politik dalam negara Malaysia pelbagai etnik ini. Kalau parti gergasi seperti Umno tidak boleh memerintah Malaysia tanpa bergabung dengan parti-parti lain, apatah lagi parti-parti lain.
    .
    Menang Tipis
    .
    Di Semenanjung Tanah Melayu (jumlah kerusi parlimen 165), Umno-BN menang tipis - 85 kerusi berbanding PR 80 kerusi.  
    .
    Pengkaji pilihan raya membahagikan parlimen di Semenanjung kepada 81 kerusi luar bandar, 44 separa bandar dan 40 bandar (jumlah 165). Umno-BN memenangi 66 daripada 81 kerusi luar bandar atau  81.5%, 14 kerusi separa bandar (31.8%) dan 5 kerusi bandar (12.5%).  Oleh itu, sangatlah ketara bahawa Umno-BN memang jaguh kampung. Kalau ia kalah di kampung maka kalahlah ia di Semenanjung.
    .
    Kerusi FELDA
    .
    Dalam kategori parlimen luar bandar, 54 kerusi berada dalam kawasan FELDA, mewakil 67% daripada keseluruhan kerusi luar bandar.
    .
    Dalam PRU13, daripada 54 kerusi FELDA ini, 6 telah ditawan oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Nerus, Dungun dan Temerloh (Pas), Raub dan Kulai (DAP) dan Sungai Siput (PSM). Ini bermakna dari 85 kerusi parliamen  yang dimenangi Umno-BN di Semenanjung, 48 datangnya dari kawasan FELDA. Ini mewakili 56.5% dari keseluruhan kerusi yang dimenangi Umno-BN di Semenanjung. Jelas, FELDA adalah simpanan tetap Umno-BN yang membolehkan ia terus bernafas.
    .
    Melihat kepada keputusan PRU13, Umno-BN memiliki 110 kerusi simpanan tetap – 54 FELDA, 31 Sarawak dan 25 Sabah. Daripada 110 kerusi ini,  95 kerusi kekal di tangan Umno-BN sementara 15 kerusi lagi telah disambar pembangkang. Umno-BN hilang 6 kerusi FELDA, 6 kerusi Sarawak dan 3 kerusi Sabah.
    .
    Memandang ke hadapan, ini bermakna selama mana kerusi simpanan tetap ini dapat dipertahankan maka selama itulah Umno-BN akan memerintah.  Oleh itu, tidak sukar untuk menjangkakan bahawa kubu simpanan tetap inilah yang dengan cara apa sekalipun akan dipertahankan oleh Umno-BN sehingga titisan darah terakhir.  Ini adalah medan jihad bagi Umno-BN.
    .
    Bila ini hakikatnya, maka tidak juga sukar untuk menjangkakan bahawa dua musuh Umno-BN dalam PRU14 nanti – gabungan pelbagai parti Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (khabarnya terdiri daripada Pas, Ikatan, Parti Cinta Malaysia dan Berjasa) - akan melancarkan serangan tubi ke atas kubu simpanan tetap ini. Sebabnya, di saat kubu ini dapat ditawan, di saat itulah Umno-BN akan kecundang.   
    .
    Persoalannya, mampukah kedua-dua musuh Umno-BN ini, dengan melancarkan serangan secara berasingan, menembusi kubu ini? Sukar untuk dijawab tetapi yang jelas ialah jika PH dan GS melancarkan serangan sebagai satu pasukan, kebarangkalian untuk menang memang cukup tinggi.
    .
    Kafir Harbi
    .
    Apabila kawasan pilihan raya di Semenanjung dilapah mengikut etnik, maka dari 165 kerusi parlimen, 114 kerusi adalah majoriti Melayu (lebih 50% pengundinya Melayu), 22 kerusi majoriti Cina (lebih 50% pengundinya Cina) dan 29 kerusi campuran (tiada mana-mana etnik yang membentuk pengundi majoriti).  Ini bermakna di Semenanjung, kerusi majoriti Melayu menguasai (69%). Kerusi majoriti Cina hanya mewakili 13% dari keseluruhan kerusi parlimen di Semenanjung dan yang selebihnya iaitu 18% adalah kerusi campuran.
    .
    Dalam PRU13, daripada 114 kerusi majoriti Melayu, 110 dimenangi oleh parti dominan Melayu – Umno (73), Pas (20) dan PKR (17).  Empat (4) kerusi lagi dimenangi oleh MCA, parti komponen dalam Umno-BN. Umno yang menjadi tonggak BN, telah bermurah hati memberikan beberapa kerusi majoriti Melayu kepada MCA untuk bertanding.
    .
    Kesemua kerusi majoriti Cina di Semenanjung dimenangi DAP (22 kerusi).  Kebarangkaliannya cukup tinggi untuk DAP mengekalkan kemenangan total ini dalam PRU14 nanti memandangkan parti-parti Cina yang lain masih lemah. Juga, sentimen anti-Cina yang kini menjadi mantera harian Umno dan Pas mendorong orang Cina membina kekuatan menyebabkan Cina semakin bersatu padu di bawah DAP bukan MCA atau Gerakan.
    .
    Oleh itu dalam PRU14 ini, majoriti pengundi Cina bukan sahaja tidak akan mengundi calon Umno dan Pas bahkan calon MCA dan Gerakan. Laungan "Cina kafir harbi" dan "Hey, Cina balik Tongsanlah" terus menjarakkan orang Cina dari Umno dan Pas dan sebagai padahnya, MCA dan Gerakan terpalit sekali.
    .
    PH juga ada Simpanan Tetap
    .
    Daripada 29 kerusi campuran, 10 dimenangi PKR, diikuti DAP (9), MCA (3), MIC (4), Gerakan (1), PSM (1) dan Pas (1). Ternyata, PR mendapat sokongan kuat di parlimen campuran ini, memenangi 21 daripada 29 kerusi atau 72%. Kebarangkaliannya cukup tinggi bahawa dalam PRU14 nanti kesemua kerusi ini boleh ditawan oleh PH terutamanya jika trend pengundi bukan Melayu menyokong PH berterusan seperti mana yang berlaku dalam PRU13 dahulu. Malahan jika sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi ini peluang calon PH menang lebih cerah berbanding calon Umno-BN apatah lagi calon Pas.
    .
    Jadi hakikatnya, PH pun ada “simpanan tetap” – kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran berjumlah 51 kerusi (22 + 29) – hampir sama bilangannya dengan simpanan tetap Umno di kawasan FELDA.
    .
    Dalam PRU13, Sabah dan Sarawak penyelamat Umno. Merekalah sesungguhnya 'king maker'. Manfaatnya, cukup banyak pos-pos kabinet yang ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak perolehi.  
    .
    Itu dalam PRU13. Memandang ke hadapan dalam PRU14 nanti, Sabah dan Sarawak – khasnya Sabah – sudah tidak boleh lagi dianggap sebagai simpanan tetap BN. Penyingkiran Shafie Afdhal dari Umno dan pembentukan parti Warisan yang beliau ketuanya dan semakin meningginya sentimen anti-Semenanjung di Sabah dan laungan “Sabah untuk Orang Sabah” menyebabkan status Sabah sebagai simpanan tetap BN sudah pecah berderai. Ketidakmahuan orang Sabah terhadap kehadiran parti dari Semenanjung di negeri mereka menyebabkan kelahiran parti Warisan amat dialu-alukan.  
    .
    Kesimpulannya, dengan menguasai kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina dan dengan memecahkan monopoli Umno di kawasan FELDA, kebarangkalian PH merampas Semenanjung Tanah Melayu dari Umno-BN dalam PRU14 cukup tinggi.
    .
    Untuk mencapai hasrat ini, PH mesti menyerang kubu FELDA dengan penuh berstrategi dan aset peperangan yang lengkap.  Dengan harapan kememenangan besar parti Warisan di Sabah, PH bakal berarak ke Putrajaya. Sarawak akan ikut serta.
    .
    Dalam senario ini, PH sebenarnya tidak memerlukan Pas untuk bersama pakatan pembangkang. Bahkan lebih molek seandainya Pas dan Umno-BN cepat-cepat bersatu.
    .
    DR ROSLI YAAKOP
    MD

    3 comments:

    1. Hello,
       Saya Puan Elina Johnson, daripada LOAN FIRM ELINA JOHNSON, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda kepada yang lebih baik, syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan berlesen menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap rendah faedah sebanyak 2%.

      Saya Puan Elina Johnson, akan membuat yang terbaik dalam takut kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa oleh saya dalam perjanjian perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak thoes juga berakhir di situ, kami mempunyai satu pasukan expatrate yang memahami undang-undang pelaburan, mereka akan dapat membantu anda, memberikan anda tips yang akan hel anda menguruskan pelaburan anda bahawa anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak bankrap pernah lagi dalam hidup anda dan tawaran yang hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com

      Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

      * Pinjaman peribadi
      * Pinjaman Bercagar
      * Pinjaman tidak berpagar
      * Keputusan Pinjaman
      * Coaching Loan
      * Pinjaman ikrar Loan
      * Pembayaran pinjaman
      * Pinjaman pelajar
      * Pinjaman Commercial
      * Auto Loans
      * Resolusi Loan
      * Pinjaman Pembangunan
      * Dept pinjaman pinjaman
      * Pinjaman Perniagaan
      * Pinjaman Pendidikan
      * Pelantikan Broken

      Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk berkhidmat untuk kita lebih baik melalui e-mel:
      elinajohnson22@gmail.com


      DATA PEMOHON

      1) Nama Penuh:
      2) Negara:
      3) Alamat:
      4) Negeri:
      5) Jenis Kelamin:
      6) Status Perkahwinan
      7) Pekerjaan:
      8) Nombor telefon:
      9) Kedudukan masa ini di tempat kerja:
      10) Pendapatan bulanan:
      11) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
      12) Tempoh Pinjaman:
      13) Tujuan pinjaman:
      14) Agama:
      15) Adakah anda memohon sebelum:
      16) Tarikh lahir:
      terima kasih,
      Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)

      ReplyDelete
    2. BERITA BAIK, BERITA BAIK
      Ini untuk mewartakan kepada orang-orang asia bahwa AASIMAHA ADILA, adalah perusahaan pinjaman muslim terbaik yang pernah saya datangi sepanjang hidup saya membantu saya dan keluarga saya dengan pinjaman untuk membayar hutang dan memulai usaha lagi mereka telah membuka kesempatan finansial untuk semua Mereka yang membutuhkan bantuan keuangan dari pinjaman besar.AASIMAHA ADILA lende dengan tingkat 1% dan mereka memberikan pinjaman kepada janda dan duda, jika Anda memerlukan pinjaman jangka panjang dan besar untuk modal investasi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
      Akan menarik untuk mengetahui bahwa banyak pemberi pinjaman di sini adalah palsu saya dan almarhum suami saya sering ditipu oleh pemberi pinjaman pinjaman palsu dimana kita menipu sekitar Rp127 juta pada bulan maret, namun, ibu saudi muslim meminjam uang dalam jumlah besar Rp850 Jt dengan penundaan dan tidak meminta Kami membayar biaya pendaftaran atau pajak dan biaya transfer, semoga semuanya memberkati ibu perusahaan.

      Tolong, saya juga menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa pemberi pinjaman berikut palsu, jangan hubungi mereka.
      A) wilson_Gyna8.loankredit@gmail.com
      B) donalanny20. lenders@yahoo.id
      C) miminedi@.krediuniongmail.com
      D) adutyuyani.finance@gmail.com

      Terima kasih telah membaca ,
      Email saya adalah..muthiafadlika2020@gmail.com
      Email perusahaan AASIMHA ADILA LOAN FIRM adalah
      (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com) ,BBM (d8da4ea9)

      ReplyDelete
    3. Adakah anda fikir untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman komersial dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut sila hubungi kami melalui e-mel (augustinejunio@gmail.com)

      MAKLUMAT PEMINJAM'S

      1) Nama Penuh: .......................................................
      2) Negara: ......................................................... ..
      3) Alamat: ..........................................................
      4) Negeri: ............................................................ ..
      5) Seks: ................................................................
      6) Status Perkahwinan: .................................................
      7) Pekerjaan: ................................................... ..
      8) Nombor Telefon: ................................................
      9) Kedudukan masa ini di tempat kerja: .....................
      10) Pendapatan bulanan: .............................................
      11) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....................................
      12) Pinjaman Tempoh: ................................................
      13) Tujuan Pinjaman: .......................................... ..
      14) Agama: ...................................................... ..
      15) Adakah anda memohon sebelum .................................

      terima kasih,

      ReplyDelete