• Politik Terkini

    Wednesday, May 3, 2017

    PAS Gesa Mufti Menyokong & Mengangkat Cadangan Tengku Abdullah

    Penggunaan kaedah diyat tepat
    .
    PAS merakamkan sepenuh penghargaan dan tahniah kepada Jemaah Pengampunan Pahang yang bercadang mengguna pakai kaedah diyat sebagai alternatif terhadap banduan yang berhadapan hukuman mati bagi sabitan membunuh sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ibn Sultan Haji Ahmad Shah.
    .
    Kaedah ini bukan sahaja memberi hak kepada waris untuk menuntut ganti rugi atau memaafkan pesalah, sebaliknya ia memberi peluang kepada pesalah yang dihukum mati mendapatkan kemaafan atau gantirugi dari waris si mati.
    .
    Lebih penting daripada itu, kaedah ini membuka peluang kepada keluarga mangsa untuk menghapuskan dendam kepada penjenayah dan juga peluang kepada penjenayah untuk berubah.
    .
    PAS juga menyokong cadangan Tengku Abdullah agar kaedah diyat juga dipraktikkan kepada bangsa-bangsa lain, tidak tertakluk kepada orang Islam semata-mata.
    .
    PAS menggesa agar para mufti dapat bersatu untuk menyokong dan mengangkat cadangan Tengku Abdullah ini.
    .
    Sehubungan itu PAS berharap Majlis Pengampunan Negeri-Negeri lain turut melaksanakan kaedah yang sama, demi mengangkat sistem perundangan Islam di negara ini.
    .
    Kaedah diyat ini wajar disokong kerana ia dapat menunjukkan ketinggian dan kebaikan agama Islam.
    .
    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Timbalan Presiden PAS
    3 Mei 2017

    2 comments:

    1. Saya penyokong Amanah amat bersetuju kaedah ini di kala umat islam dan bukan islam dalam krisis keyakinan tentang undang2 islam.

      ReplyDelete
    2. Kalau tak dicadangkan oleh Tengku Abdullah, PAN akan jadi mangkuk pertama menentang kaedah Diyat ni demi menjaga Taiko DAPigs!

      ReplyDelete