• Politik Terkini

    Sunday, May 14, 2017

    PAS Sasar Tanding 100 Kerusi Parlimen, 40 Kerusi Mudah Menang ?

    keputusan pilihan raya umum 2013

    PAS hari ini membayangkan keyakinan mereka untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

    Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata daripada jumlah itu PAS menjangkakan 40 kerusi adalah yang "mudah menang" manakala selebihnya perlu diusahakan dengan lebih gigih.
    “Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.
    “Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Komuniti Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.
    Nasrudin sebelum itu menghadiri Konvesyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.

    Katanya PAS berpotensi untuk menang walaupun berlakunya pertandingan tiga penjuru.

    Malah katanya pertandingan tiga penjuru itu tidak semestinya memberi kelebihan kepada BN.

    Kenyataan itu senada dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

    Sokongan PAS kian meningkat
    “Tak semestinya apabila berlaku tiga penjuru, maka itu akan memberi kemenangan besar kepada Umno dan BN, dia berbeza dengan perkembangan politik pada PRU lepas,” katanya.
    “PAS melihat peluang terhidang besar di hadapan untuk kita mencapai kemenangan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya nanti,” katanya.
    Sementara itu dalam sidang media yang sama, PAS Wilayah Persekutuan menyenaraikan kerusi parlimen yang akan ditandinginya.

    Berjumlah sembilan, antara kerusi yang akan menyaksikan PAS meletakkan calon ialah kerusi bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dulu.

    Kerusi itu ialah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak,Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut.

    Dua daripada kerusi itu kini diwakili naib presiden PKR, iaitu Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Batu (Tian Chua). Bandar Tun Razak pula diwakili bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Segambut Lim Lip Eng (DAP).

    Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata keputusan untuk bertanding di sembilan kerusi parlimen itu dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR sudah terbatal.

    Pada masa sama, katanya, PAS berpendapat sokongan yang diterimnya semakin meningkat.
    "Kita lihat sokongan terhadap PAS semakin meningkat terutamanya di kalangan orang Melayu Islam, di samping kita masih lagi mendapat sokongan pengundi bukan Islam," katanya.
    Ditanya mengenai peluang PAS untuk menang di Segambut kerana ia bukan kawasan majoriti Melayu, Mohamad berata, beliau memang yakin kemenangan akan memihak kepada PAS.
    "Sasaran pertama sudah tentulah daripada pengundi Islam untuk undi PAS di Segambut di samping undi orang Cina dan India, kerana tidak semua mengundi DAP," katanya.
    Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu PAS gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU ke-13.

    MK

    2 comments:

    1. Kihkihkih...
      Dia ingat menang pilihanraya sesenang tengok video pay per view ke? Kihkihkih

      ReplyDelete
    2. Dah mcm main pair ya. Up jgn tak up. So siapa berani bertahlul dgn pas mesti up kan tawaran. Ni dipanggil makann keliling. Hebat pas skrg. Nikmat duniawi sapa yg nak tolak ya. Nak jg rasa anggur straberi epal. Asyik2 ubi rebus mana ada clas. Asyik buang angin aje. Rezeki dpn mata jgn tak ngap. Pru15 nanti tanding semua kerusi confim sapu semua.

      ReplyDelete