Pengarah Urusan KPRK Memukul Pengerusi PSM Kelantan

Penjelasan isu Pengarah Urusan KPRK memukul Pengerusi PSM Kelantan: Nik Salman dimaafkan, tetapi aduan tetap  diuruskan hingga selesai.
.
1. Saya, Khairul Nizam Bin Abd Ghani, Pengerusi PSM Kelantan, juga AJK Pusat PSM.
.
2. Bermula dengan aduan dari Cikgu2 PASTI kepada PSM, yang membeli rumah 90% siap tetapi terbengkalai selepas itu.
.
3. Berkembang kepada pembeli rumah KPRK (Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan) yang lain2nya. KPRK ada banyak projek. Maknanya ada banyak pembeli. Ada kes yang hanya elektrik sahaja. Ada kes yang rumah pun tak wujud. Pelbagai aduan.
.
4. Kejadian tadi ialah bertemu Nik Salman, Pengarah Urusan KPRK bagi membincangkan aduan pembeli rumah 90% siap.
.
5. Bila sampai di meja penyambut tetamu, kita bagitau nak jumpa Nik Salman. Sebelum ini pernah jumpa beberapa kali, tiada masalah. Untuk kes aduan yang ini, kes aduan pun ada progress oleh Nik Salman.
.
Apabila Nik Salman keluar, saya seperti biasa bagi salam, hulur tangan bersalaman dan bagitau tujuan kedatangan. Tiba2 dia tampar. Kemudian seorang dipercayai pengawal peribadinya turut meluru. Saya ada banyak pengalaman bab ini. Saya bimbang jika mereka bersenjata. Maka, terjadilah pergelutan sehingga cermin pecah dan pintu rosak.
.
6. Selepas menyedari pengadu lain mula mengeluarkan HP untuk merakam, Nik Salman kendur sedikit. Dan mengajak berunding. Lepas berunding, saya menghulurkan tangan untuk salam, atas nama kemanusiaan. Nik Salman menyambut salaman. Kemudian saya memberitahunya, atas nama professional, saya perlu buat laporan polis. Untuk elak kejadian tidak diingini masa depan.
.
7. Laporan polis sudah dibuat (dilampirkan). Saya maafkan Nik Salman atas dasar kemanusiaan. Jika dia ada masalah pun, boleh buat aduan ke PSM. Tetapi aduan2 rakyat terhadap KPRK tetap perlu diteruskan.
.
Nik Salman (juga majoriti di Kelantan) hairan PSM ambil kes tiada kaitan dengan politik kepartian. Saya kata, saya tak jual undi. PSM masih dicurigai di Kelantan. Undi pun rahsia. Semua pengadu tak semestinya undi PSM. Malah, jika kes mereka berjaya selesai pun, tegur jumpa di jalanan pun belum tentu lagi.
.
Tapi setiap orang ada perkara yang buat mereka gembira dan bahagia. Jika Nik Salman happy melancong, kami di PSM happy bantu orang. Kami adalah sosialis. Sosial adalah masyarakat. Jiwa kami adalah jiwa masyarakat.
.
8. Semoga Nik Salman dan KPRK dapat membantu menyelesaikan aduan2 dari pengadu. Saya akan terus berjumpa Nik Salman selagi mampu (kewangan dan sihat). Insyaallah. Amin.
.
Khairul Nizam

Post a Comment

0 Comments