Shafie Apdal - "Orang Sabah, Undilah Parti Untuk Gantikan BN"


Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal menggesa rakyat Sabah mengundi parti untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Menjawab soalan pemberita selepas majlis sambutan Pesta Kaamatan di sini hari ini, beliau ditanya bagaimana Warisan akan menangani pertembungan dengan parti lain di Sabah.
“Rakyat Sabah pilihlah parti yang boleh tumbangkan BN. Jangan undi parti yang hanya boleh wujudkan wakil rakyat. Undi parti yang boleh wujudkan kerajaan baharu,” katanya.
Beliau yakin pengundi akan memilih Warisan jika rakyat Sabah mahukan kerajaan baharu.
“Saya yakin mereka akan memilih Warisan kerana Warisan ada kemampuan dan keupayaan menumbangkan BN.”
Selain Warisan dan BN, Pakatan Harapan dan Gabungan Sabah (USA) turut menyatakan hasrat bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

USA, yang aktif sejak 2 tahun lalu, terdiri daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah STAR) yang dipimpin Datuk Jeffrey Kitingan, Parti Progresif Sabah (SABB) yang dipimpin Datuk Seri Yong Teck Lee, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) yang dipimpin Arshad Abdul Mualap.

Menurut laporan Malay Mail Online bulan lepas, Parti Cinta Sabah menarik diri daripada USA kerana mengharapkan gabungan parti pembangkang yang hebat dapat dibentuk di Sabah.

FMT

Post a Comment

0 Comments