• Politik Terkini

    Monday, May 1, 2017

    Veto Haji Hadi, Bijaksana Najib Ambil Peluang


    PPBM baru belajar mengenali Pas. Keputusan keseluruhan Parti Pas hanya boleh di putuskan oleh Hadi selaku veto. Mesyuaratlah sebanyak mana sekalipun tetapi akhirnya tidak akan ada seorang pun yang mampu menukar keputusan beliau.
    .
    Kata beliau adalah kata keramat buat penyokong, ahli, pemimpin mahupun Muktamar Pas Pusat. Menentang keputusan Hadi bermakna membawa kepada suatu kesalahan yang amat besar dosanya tiada tolak banding.
    .
    Penyokong tegar akan mengecam, mencela mahupun melabelkan sesiapa sahaja yang cuba mengadakan usul yang tidak selari dengan titah arahan Hadi. Untuk mengambil jalan selamat, segala arahan hendaklah di akur serta di julang dengan penuh rasa wala'.
    .
    Wala' ini ialah ungkapan istimewa buat beliau. Sesiapa yang melanggarnya seolah-olah akan terkena tulah yang amat ditakuti. Lantaran itu mempercayai sangat-sangat segala tindakan Hadi adalah keperluan yang tidak boleh di pertikaikan lagi.
    .
    Di sinilah bijaknya Najib, apabila berjaya memiliki sekujur jasad Hadi. Kepentingan Umno menjadi agenda penting buat kesinambungan masa depan beliau dan partinya. Najib sememangnya menyedari bahawa Tsunami Cina mahupun bangsa lain masih berterusan ke arah DAP dari menyokong MCA, MIC mahupun GERAKAN. Undi kaum Tionghua tidak boleh di harapkan lagi buat Najib.
    .
    Isu-isu GST, 1MDB, salah guna kuasa, kebocoran dana negara, peningkatan kos sara hidup mahupun kos perkhidmatan gagal di selesaikan malah menghantui Najib.
    .
    Apa yang penting sekarang ialah BN harus mendapatkan sokongan besar bangsa Melayu hasil muafakat dengan Pas melalui Hadi. Amat mustahil bagi parti-parti lain untuk memenangi hati beliau melainkan Najib. Pas harus di jadikan tongkat kepada BN untuk menggantikan MCA, MIC mahupun GERAKAN. Jika tidak, empayar UMNO akan berkecai seusai PRU14.
    .
    Tidak hairanlah jika isu 355 di jadikan modal besar Hadi bagi meraih sokongan orang Melayu. Manakala Umno akan meraih impaknya apabila Menteri berjaya membentangkan pindaan 355 di dalam parlimen itu nanti.
    .
    Kepada PPBM berhentilah berfikir tentang Pas. Tumpukan kesepakatan anda di dalam PH untuk menghadapi saingan 3 penjuru ketika PRU14 nanti. Sememangnya kita mahukan 'GRAND COALITION' untuk menghadapi UMNO-BN tetapi apakan daya, Pas sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk bersama.
    .
    Bukan PH yang menolak Pas tetapi Pas yang menolak PH untuk menjadi faktor penentu kemenangan kemenangan BN di dalam PRU14.

    #UAA_SUPPORTERS

    1 comment:

    1. Begitulah berprinsipnya jemaah muslim yang ada imam, jemaahnya akan taat kepada imamnya selagi imamnya tidak terkeluar dari landasan Islam, tiada jemaah muslim yang sehebat PAS.

      ReplyDelete