• Politik Terkini

    Sunday, June 18, 2017

    Beranikah Kerajaan Malaysia Cabar Dakwaan "1MDB" DOJ ?

    Kerajaan Malaysia dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) jika dakwaan itu berunsur fitnah.
    .
    Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu sangat penting untuk membersihkan nama Malaysia dan mengembalikan keyakinan dunia serta memulihkan ekonomi negara.
    .
    “Apa pun respon yang berlaku, Malaysia hanya sekadar menyatakan ini adalah ‘campur tangan Amerika’ seperti kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
    .
    “Manakala Peguam Negara dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan tiada bukti yang mensabitkan perdana menteri.
    .
    “Kenyataan balas sebegini tidak berupaya membersihkan nama Malaysia dan Datuk Seri Najib Razak yang telah menjadi bahan ketawa antarabangsa serta dihina,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
    .
    SH

    1 comment:

    1. Imelda Marcos versi Malaysia lebih hebat keunggulannya, babi!!!

      ReplyDelete