• Politik Terkini

    Monday, June 26, 2017

    Cara Mudah Nak Faham - DOJ vs 1MDB


    1. DOJ Amerika dapat aduan. Kemungkinan wang kepunyaan 1MDB telah dicuri oleh beberapa individu melalui sistem kewangan Amerika.
    .
    2. DOJ ambil tindakan dan bersama pihak FBI, mula menyiasat.
    .
    3. Ia bukan siasat 1MDB, MO1 atau isteri MO1.
    .
    4. Ia siasat beberapa individu yang mungkin telah gunakan sistem kewangan Amerika untuk mencuri wang yang sepatutnya kepunyaan 1MDB.
    .
    5. Dalam siasatan oleh DOJ itu, ia jumpa macam-macam dan didalam lapurannya, ia jelaskan dengan terperinci.
    .
    6. Dalam penjelasannya, mestilah ia nyatakan cara-cara perbuatan mencuri itu dilakukan, siapa yang curi, kemana wang yang dicuri itu pergi, dan bagaimana pula ia dibelanjakan.
    .
    7. Itu yang habis terkeluar semua yang membuatkan ramai yang tak senang duduk tu.
    .
    8. Tetapi, pada mereka yang disebut samada secara terus atau 'insinuations' oleh lapuran DOJ itu, rasanya mereka samada boleh bantah melalui kedutaan Amerika Syarikat di sini atau menyaman DOJ itu sendiri jika mereka rasa mereka telah dianiaya
    .
    9. Proteslah atau samanlah DOJ itu. Nak saman orang Malaysia ini buat apa? Yang buat lapuran adalah DOJ Amerika.

    1 comment:

    1. Asal UMNO saja kalau bab duit dan harta, mesti ada penyelewengan. Dulu lembu kondo, duit Tabung Haji beli tanah sekangkang kerengga dengan harga lampau tinggi, duit Yapeim, duit zakat, duit bantuan untuk PPRT, duit MARA, KWSP, KWAP, LTAT, SOCSO...sebut saja apa lagi. Penyelewengan duit 1MDB adalah skandal terbesar penyelewengan duit oleh UMNO cuba ditutup oleh Apandi dengan sehelai daun lalang. Rakyat kini bukan lagi rakyat berinfo seperti rakyat era 70an. Sebab itulah UMNO tidak berminat rakyatnya menjadi pandai, lalu diubah-ubah sistem pendidikan dan macam-macam lagi.

      ReplyDelete