• Politik Terkini

    Friday, July 14, 2017

    DR AZMAN ISMAIL – MENANGANI KEMISKINAN DAN PENYELEWENGAN DANA NEGARA


    Tulisan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada artikel yang diterbitkan oleh pada 11 Julai lalu jelas menyerlahkan kebimbangan golongan akademik terhadap struktur ekonomi semasa negara.
    .
    Pendedahan bahawa kadar kenaikan gaji bulanan pekerja di Malaysia kurang RM17, kenaikan gaji penengah sekitar tiga peratus sahaja bagi warga tempatan, serta gaji bulanan pekerja warganegara Malaysia hanyalah setakat RM2000 sebulan.
    .
    1. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini terperangkap dalam kepompong kemiskinan.
    .
    Sama ada kemisikinan yang dimaksudkan adalah kemiskinan tegar (pendapatan kurang RM600), kemiskinan yang merujuk pendapatan garis kemiskinan nasional (kurang RM900), atau kemiskinan bandar (pendapatan kurang RM1500, sebahagian kajian menyatakan sehingga RM 3000); maka rakyat pada hari ini jelas menghadapi situasi yang begitu sukar.
    .
    2. Beberapa pimpimpin Umno BN telah menafikan bahawa rakyat kini hidup dalam keadaan tertekan.
    .
    Dengan mengambil contoh keadaan lebuh raya yang penuh sesak dengan kenderaan termasuk kebanjiran manusia di kompleks membeli belah, bagi saya ini satu kenyataan yang dangkal jika hendak disimpulkan Malaysia sebagai negara yang tidak menghadapi masalah ekonomi dalaman.
    .
    Aktiviti pergerakan rakyat dan pembelian barang adalah asas ekonomi bagi setiap negara, sama ada negara itu miskin, sederhana mahupun berpendapatan tinggi.
    .
    3. Masalah- masalah ekonomi seperti kejatuhan mata wang, ketidakseimbangan kekayaan, kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi adalah disebabkan oleh perlaksanaan polisi Umno BN yang jelas tidak efektif dan munasabah.
    .
    Apatah lagi dengan berleluasannya penyelewengan dana negara, keadaan ini hanya memberi keuntungan pada golongan atasan untuk hidup bermewah, manakala rakyat di bawah terus sengsara.
    .
    4. Penyelewengan dana ini bukan sekadar berlaku pada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti 1MDB, tetapi ianya juga melibatkan penggubahan wang haram (money laundering), kecurian wang geran dan juga tender kontrak; di mana perkara ini melibatkan kakitangan kerajaan dan orang awam.
    .
    Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak.
    .
    5. Belanjawan negara saban tahun, kerajaan Umno BN memperuntukkan berbilion ringgit untuk elaun Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), program pembangunan luar bandar dan wilayah mengikut sektor, geran pembangunan dan pendidikan (R&D), serta lain-lain lagi.
    .
    Realitinya, rakyat tidak melihat keupayaan perbelanjaan ini untuk menghapuskan kemiskinan terutamanya di kawasan desa.
    .
    Ke mana perginya peruntukan ini?
    .
    6. Mengapa masih wujud lebih kurang 900, 000 orang atau tiga peratus rakyat Malaysia yang masih hidup dalam kemiskinan – kekurangan bekalan makanan dan tinggal di rumah usang?
    .
    7. Jika hendak dikatakan negara ini miskin, ianya adalah tidak masuk akal sama sekali.
    .
    Unjuran daripada belanjawan 2017 menyatakan bahawa anggaran hasil bagi Kerajaan Persekutuan tahun ini adalah sebanyak RM219.7 bilion.
    .
    Ini merupakan dana yang cukup besar, tidak lagi termasuk hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri.
    .
    8. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan GLC Persekutuan mencapai keuntungan besar. Misalnya, Petronas mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM33.07 bilion pada tahun 2016, begitu juga dengan Khazanah Nasional Berhad (RM1.56 bilion) dan Tenaga Nasional Berhad (RM8.07 bilion).
    .
    Sekiranya Kerajaan Persekutuan bekerjasama baik dengan GLC untuk komited membasmi kemiskinan dan ketirisan secara menyeluruh, saya percaya ekonomi negara hari ini mampu lebih kukuh, taktala rakyat dapat menikmati kekayaan negara secara langsung.
    .
    Hakikatnya, ianya sekadar angan-angan selagi Umno BN masih berkuasa.
    .
    9. Jika rasuah dan penyelewengan dana negara dapat dihapuskan secara berperingkat, saya percaya lebih banyak dana negara mampu diselamatkan dan disuntik dalam program-program yang mengeluarkan rakyat daripada terperangkap dengan kemiskinan.
    .
    Pemberian subsidi, modal perniagaan dan pelaburan, serta pembiayaan mikro secara besar-besaran  disamping pelaburan yang secukupnya untuk meningkatkan modal insan, mampu membentuk masyarakat yang berpendapatan tinggi, setaraf dengan taraf dan kos hidup pada era kini.
    .
    *YB Dr Azman Ismail*
    Ahli Parlimen Kuala Kedah
    Parti KEADILAN Rakyat

    No comments:

    Post a Comment