• Politik Terkini

    Tuesday, July 18, 2017

    HARAPAN - 14 Oktober ! Tarikh Keramat Himpunan Terbesar Pendedahan 1MDB


    Pakatan Harapan (HARAPAN) mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran pada 14 Oktober depan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan 1MDB.

    Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, himpunan yang dinamakan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' adalah untuk memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai skandal 1MDB.
    "Ini merupakan himpunan terbesar untuk menerangkan mengenai 1MDB terutama kepada orang kampung. Hari ini adalah hari permulaan jelajah (mengenai perhimpunan)," katanya dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di IIDCC Shah Alam malam tadi.
    Bagaimanapun Pua berkata tempat dan masa himpunan itu akan diumumkan kemudian.

    HARAPAN sebelum ini merancang himpunan anti kleptokrasi pada September depan susulan saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

    DOJ pada 16 Jun lalu memfailkan saman sivil ketiga bagi menyita aset bernilai AS$540juta (RM2.3 bilion) termasuk karya seni, barangan kemas dan hakcipta bagi dua filem yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan aset yang mahu disita oleh DOJ adalah sebanyak AS$1.7 bilion (RM7.7 biion).

    Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu dalam temubual dengan BBC mengesahkan MO1 adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Pada Januari tahun lalu, peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

    Apandi juga mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Najib merupakan derma dari kerabat diraja Arab Saudi.

    MK

    2 comments:

    1. hehehehehe...diketuai oleh MahaKUTTY KPN @ Ketua Penyangak Negara! adoooi...geli ketiak aku...muahahahahaha

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau penyangak, perasuah. Kenapa tak tangkap jer. Dakwa dimahkamah. Setakat ugut nak dedah..

        Delete