• Politik Terkini

    Monday, July 3, 2017

    Jelajah Lim Kit Siang - Perlukah Saya Bersara


    Veteran DAP, Lim Kit Siang, tidak menolak kemungkinan bersara daripada politik ekoran ketika parti itu dilihat berdepan ancaman diharamkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

    Kata anggota parlimen Gelang Patah itu, dia akan memulakan jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan itu, selain mendengar pandangan mereka berhubung kewajaran anaknya, Lim Guan Eng, meletak jawatan ketua menteri Pulau Pinang.
    "Saya tidak pernah sedar bahawa saya menjadi ancaman besar kepada Datuk Seri Najib Razak dan gabungan Umno-BN sehingga mereka boleh mengancam untuk membatalkan pendaftaran DAP dan melarang penggunaan logo pada PRU ke-14 kecuali saya bersara daripada politik.
    "Saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas orang ramai sama ada saya perlu tunduk kepada ugutan Umno-BN, dan sama ada Guan Eng wajar meletak jawatan sebagai ketua menteri dan saya bersara daripada politik Malaysia," katanya melalui satu kenyataan hari ini.
    Pada 1 Jun lalu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, meminta Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, memberi tumpuan kepada "masalah serius" berhubung penggunaan logo parti itu pada PRU akan datang.

    Dalam satu kenyataan Tengku Sariffuddin turut menyatakan analisis anggota parlimen DAP itu mengenai Najib sebagai "berita palsu".
    "Liew Chin Tong sepatutnya berhenti bercakap apa yang jelas berita palsu, bohong dan kepura-puraan tentang kerajaan. Dia harus lebih prihatin terhadap masalah serius partinya, DAP.

    "DAP tidak tahu sama ada mereka dibenarkan menggunakan logo roket mereka pada pilihan raya umum akan datang," kata Tengku Sarifuddin.

    Ada pelbagai kemungkinan

    Kenyataan itu, kata Kit Siang, menunjukkan orang yang ada dalam lingkungan dekat Najib benar-benar serius mempertimbangkan langkah membatalkan pendaftaran DAP.

    Status parti itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak menentu selepas pemilihan yang diadakan pada 2012 dipertikaikan.

    Di mahkamah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada September 2014 berkata, keengganan mereka mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP - yang dipilih semula pada 2013 - hanyalah nasihat dan tidak terikat dengan undang-undang.

    Bagaimanapun pada Oktober 2014 Timbalan Pengarah ROS, Mohd Norzam Mustapa, menjelaskan pihaknya tetap tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti berkenaan.

    Keadaan itu menyebabkan DAP mungkin berdepan masalah sama dihadapi ketika PRU ke-13 apabila parti terbabit tidak dibenarkan menggunakan logo rasminya.

    Bagaimanapun DAP tidak dihalang menggunakan simbol roket ketika menyertai PRU ke-13 pada 2013.

    Kata Kit Siang, DAP perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

    Antaranya, kata bekas setiausaha agung DAP itu, mereka terpaksa bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (HARAPAN) jika ia sempat didaftarkan sebelum PRU ke-14.

    Jika tidak katanya DAP terpaksa menggunakan logo parti rakannya dalam HARAPAN, atau bertanding sebagai calon bebas.

    MK

    1 comment:

    1. Jangan bersara Kit Sial! Mulut celupar anda mat diperlukan bagi memastikan DAPigs & PakaTun HopeLESS kalah teruk pada PRU14 nanti! Tolonglah jangan bersara Kit SIAL ooooi!

      ReplyDelete