Melayu Tidak Perlu Takut "Harapan"

Orang Melayu tidak perlu takut dunia mereka akan berakhir tanpa Umno dan presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak memimpin negara, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
.
Ini kerana Pakatan Harapan akhirnya sudah menyelesaikan masalah struktur dan organisasi kepimpinan yang “sukar dan tidak berkesudahan”.
.
Pemimpin Umno sering memberitahu orang Melayu sekiranya pembangkang berkuasa, DAP akan memerintah negara dan hak Melayu akan diketepikan.
.
Dzulkefly dalam kenyataan berkata dengan adanya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan, pakatan pembangkang kini mempunyai “gabungan 2 tokoh legenda" yang pernah memimpin negara sebagai salah satu "Harimau Asia”.
.
“Kita mahu kembali kepada trajektori itu mendapatkan semula kedudukan dan daya saing yang hilang,” tambahnya.
.
Beliau berkata gabungan itu memberikan “kesejahteraan dan perlindungan” kepada semua rakyat Malaysia, merentasi semua kaum, agama dan budaya.
.
Menggambarkan keputusan itu sebagai 'breakthrough' amat “bermakna” dan “bersejarah”, Dzulkefly berkata pakatan pembangkang kini boleh menggugat serta menjatuhkan kerajaan BN.
.
PH semalam menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai presiden, dibantu 3 timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah).
.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan rakan sejawatnya dari PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai naib presiden, bersama Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.
.
Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dilantik ketua setiausaha.
.
Pengumuman itu selepas sebulan spekulasi mengenai struktur kepimpinan pakatan baharu itu, yang akan menyaksikan 4 parti pembangkang buat pertama kali menyertai pilihan raya dengan logo bersama.
.
Dzulkefly berkata: “Tinjauan teliti akan mencerminkan barisan yang kukuh, memaparkan keterangkuman,  seimbang dengan kombinasi terbaik kekuatan yang kita garap dari 4 parti komponen.”
.
PH kini perlu meletakkan jentera pilihan raya yang kuat dan berfungsi secepat mungkin, katanya.
.
Lebih utama, katanya, PH sudah menyatakan secara jelas apa yang ingin dilakukan dalam 100 hari pertama memenangi pilihan raya umum ke-14.
.
“Pakatan ini akan memansuhkan GST, menstabilkan harga petrol, tumpu meringankan beban rakyat, menangani masalah pengangguran belia, membanteras rasuah dari atas hingga ke bawah, menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat skandal 1MDB dan menyelamatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang seperti agensi lain, didakwa mengalami kepincangan kewangan dan kebejatan tadbir-urus korporat.

Post a Comment

0 Comments