• Politik Terkini

    Monday, July 10, 2017

    NFC & Salleh Kalah Saman Fitnah Terhadap Nurul Izzah, Diperintah Bayar RM50 Ribu


    Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini sebulat suara menolak rayuan National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail dalam saman fitnahnya terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

    Panel tiga panel diketuai Abang Iskandar Abang Hashim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kenyataan Nurul Izzah sebagai bukan fitnah dan berkaitan dengan apa yang berlaku di kawasan parlimennya Lembah Pantai.

    Projek KL Eco-City berada dalam kawasan parlimen itu.

    Mahkamah itu juga bersetuju dengan penemuan fakta bahawa pinjaman RM71.4 telah diberikan oleh kerajaan yang dikatakan dideposit melalui Public Bank telah digunakan sebagai leveraj dalam kes pembelian lapan harta tanah.
    Mahkamah juga memerintahkan NFC dan Salleh membayar kos RM50,000 kepada Nurul.
    Dua lagi hakim dalam panel itu adalah Mary Lim dan Badariah Sahamid.

    Keputusan itu disahkan oleh peguam Nurul, Razlan Hadri Zulkifli, kepada Malaysiakini.

    Salleh dan NFC diwakili oleh peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.

    Hakim Hue Siew Kheng dilaporkan menolak saman NFC dan Salleh pada Mac lepas dan memutuskan Nurul tidak memfitnah mereka.

    Hue memutuskan tindakan Nurul dalam kenyataannya itu sebagai wajar dan tidak mempunyai niat jahat.
    “Undang-undang menghendaki keseluruhan kenyataan dipertimbang dan dibaca secara keseluruhan.

    “Saya bersetuju dengan defendan bahawa kenyataan itu, dibaca secara keseluruhan, bukan fitnah terhadap plaintif kerana kenyataan akhbar itu dibuat oleh defendan atas kapasiti dan kedudukannya sebagai anggota parlimen Lembah Pantai,” katanya.
    Salleh dan NDC menyaman Nurul pada Disember 2013 susulan kenyataannya berkaitan dakwaan anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli bahawa Salleh memberi lapan harta tanah di KL Eco City dengan dana awam yang diperoleh NFC.

    Dalam kenyataan tuntutannya, Salleh berkata kenyataan itu menyatakan dia dan keluarganya menyalahgunakan dana NFC untuk membeli harta tanah peribadi dan bukan untuk syarikat.

    Salleh akhirnya tidak mengambil kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Public Bank.

    MK

    2 comments:

    1. Syabas Nurul, keep it up! Anda berkata perkara yang benar sebaliknya mereka menuduh pula anda membuat fitnah.

      ReplyDelete