Pergolakan Filipina, 400K Hilang Tempat Tinggal


Hampir 400,000 penduduk di Marawi hilang tempat tinggal sejak pertempuran sengit tercetus di bandar selatan Filipina itu pada 23 Mei lalu.

Kelmarin, Pengarah Pertahanan Awam Serantau, Liza Mazo turut memberi amaran tentang penularan wabak penyakit dan trauma psikologi dalam kalangan kumpulan pelarian tersebut.
"Penduduk di luar bandar bergolak itu juga terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbang dengan keselamatan mereka," katanya.
Data Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan 70,380 daripada 389,300 penduduk yang melarikan diri kini ditempatkan di 79 pusat pemindahan kendalian kerajaan manakala selebihnya berlindung di rumah saudara mereka.

Difahamkan, konflik yang tercetus antara tentera kerajaan dan kumpulan Maute itu telah meragut lebih 400 nyawa.

Dalam perkembangan berkaitan, Filipina dan Indonesia akan melakukan rondaan bersama di Laut Celebes pada minggu ini sebagai usaha untuk menghalang kumpulan militan daripada tiba di Pulau Mindanao.

Jurucakap tentera, Mejar Ezra Balagtey berkata, rondaan bersama itu bertujuan untuk memperkukuhkan keselamatan sempadan dan keamanan di Teluk Davao. 

Dua minggu lalu, Indonesia, Filipina dan Malaysia turut sepakat untuk melakukan rondaan bersama merentasi sempadan maritim di Laut Celebes serta Laut Sulu, lapor Agensi.

SH

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete