• Politik Terkini

    Thursday, August 3, 2017

    Anak Angkat Didera - Diambil Sekadar Mahukan Bantuan RM250/seorang


    Seorang wanita dan dua anaknya ditahan pada Isnin lepas kerana dipercayai mendera dua anak angkatnya berumur lima dan enam tahun, kata Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay.

    Beliau berkata wanita berumur 44 tahun itu serta anak lelakinya berumur 15 tahun dan anak perempuannya 16 tahun ditahan selepas seorang jururawat yang membuat pemeriksaan terhadap dua kanak-kanak perempuan itu di sebuah tadika di Sungai Bayor membuat laporan polis pada jam 4 petang, 31 Julai lalu.
    “Pengadu mendapati terdapat kesan kecederaan lama di bahagian tangan mangsa pertama berumur lima tahun dan kesan parut di bahagian belakang mangsa kedua berumur enam tahun yang disyaki dirotan.
    "Kedua-dua mangsa merupakan anak angkat kepada wanita berkenaan dan mengikut percakapan awal kedua-dua mangsa telah diambil sebagai anak angkat sejak Mei 2015 melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat,”
    Beliau berkata hasil siasatan mendapati tujuan wanita itu mengambil anak angkat adalah bagi mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM250 bagi seorang anak angkat.

    Loo berkata kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Selama untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh putung rokok di bahagian badan dan kesan cubitan serta luka pada kemaluan kedua-dua mangsa.

    Katanya kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut. Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    MK

    1 comment: