• Politik Terkini

    Wednesday, August 9, 2017

    Atheist Goncang Pemimpin Islam Keluar Masjid !


    Sebagai umat islam semestinya kita akan bimbang dengan generasi anak-anak kita. Dengan pelbagai informasi yang boleh diakses diperdebat, dipersoal, dipertikai secara online tanpa sekatan. Pelbagai juga artikel bebas yang boleh diakses tanpa batasan, tanpa kawalan dan tanpa rujukan mereka yang fasih.

    Kenapa perlu takut dengan golongan atheist. Sedangkan ustaz yang mengajar dengan penuh yakin dengan ketuhanan kepercayaan islam. Ketegasan dalam islam memimpin. Tetapi semakin ramai golongan yang tidak percaya agama timbul. Dengan alasan memperjuangkan "Kasih Sayang" & "Cinta". Ditambah lagi pergaduhan agama yang tidak berkesudahan, korupsi pemimpin islam itu sendiri.

    Aku tertarik dengan Shahidan yang menggesa jabatan agama supaya memburu golongan atheist. Diburu untuk diberi ceramah. Berpuluh tahun ceramah hanya disebarkan dalam masjid sahaja, diperdebat, dipersoal oleh golongan tertentu yang hadir dimasjid sahaja. Semboyan anti bangsa berterusan ditiup oleh pemimpin islam itu sendiri. Bak kata pepatah "Takkan Jahanam Melayu Didunia". Adakah itu satu skill untuk menarik golongan bukan melayu untuk mengenal islam yang dipimpin oleh melayu pada hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pihak jabatan agama supaya memburu mereka yang beragama Islam yang terlibat dengan Kelab Ateis Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru-baru ini.
    Katanya beliau akan mencadangkan kepada pihak berwajib termasuk mufti untuk berbuat demikian bagi kebaikan agama Islam di negara ini.
    “Saya cadangkan kita buru habis-habisan dan tolong kami dan kenal pasti puak-puak ini. Keduanya, kita kena kembalikan mereka balik dan perbetulkan akidahnya jika orang Islam.
    “Sebabnya mereka bukan nak jadi ateis tapi kekurangan ilmu agama sebab itu terpesong dengan pemikiran baru. Jadi di akhirat nanti kita juga akan di persoalkan apakah kita telah beri penjelasan sewajarnya kepada mereka,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

    Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391255#619ZLHlqqKDuCtF4.99

    No comments:

    Post a Comment