Dr Agus - Amanah 1% "Saya Rasa Pengkaji Guna Salah Sampel"


1. Saya boleh terima kalau hendak kata Amanah lemah, tidak kuat dan tiada sokongan.
.
2. Saya boleh terima jika hendak kata PAS kuat dan punyai sokongan akar umbi yang mantap.
.
3. Saya boleh terima kalau PKR mahu bekerjasama dengan PAS.
.
4. Saya boleh terima kalau UMNO mahu bekerjasama dengan PAS.
.
******************************
.
5. Semua kenyataan di atas pada saya masuk akal biarpun saya mempunyai pandangan yang berbeza.
.
6. Tetapi apabila ada ilmuan dengan bersandarkan kepada hasil kaji selidik menyatakan Amanah hanya ada 1% sokongan rakyat, saya rasa itu sudah terkeluar dari logik akal, melainkan yang dikaji itu sampelnya dikutip di kawasan pedalaman atau kajian itu adalah di Sabah dan Sarawak.
.
****************************
.
7. Merenung ke depan, saya terfikir kenapalah kita semakin jauh dari dunia realiti.  Mengkajilah dengan metod yang betul supaya hasil kajian kita dihormati.
.
Dr Agus

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post