• Politik Terkini

    Monday, August 7, 2017

    Lantikan Politik PKR Kelantan Letak Jawatan (Berkuatkuasa Serta Merta)

    Seramai tujuh Ahli Majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang dilantik dan yang masih belum mengangkat sumpah telah meletakkan jawatan serta merta semalam sebagai melaksanakan arahan dan mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Biro Politik parti itu.
    .
    Dalam satu kenyataan rasmi PKR Kelantan yang dikeluarkan lewat malam tadi menjelaskan, nama-nama pimpinan PKR yang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis bersetuju untuk meletakan jawatan serta merta adalah Mohd Khairul Anwar Mohd Azhan  Ahli Majlis Daerah Ketereh.
    .
    Manakala enam  lagi pimpinan PKR Kelantan yang telah disenaraikan sebagai Ahli-ahli Majlis Daerah tetapi belum mengangkat sumpah terdiri daripada Mohd Khairul Amin (Tumpat); Mohd Syahid Mohd Kamaruddin (Dabong); Zulqarnain Zakaria (Gua Musang) dan; tiga ahli Majlis Daerah Machang Muhammad Arif Mukhtar, Chu Jok Lan dan Tan Teck Seng.
    .
    Menurut Ketua Penerangan PKR Kelantan Mohammad Azihan bin Che Seman keputusan yang dibuat adalah sebagai melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai anggota parti yakni mematuhi setiap arahan pucuk pimpinan tertinggi PKR.
    .
    "Keputusan ini juga dibuat dengan keyakinan bahawa pucuk pimpinan parti telah mengambil kira semua aspek demi memelihara maruah dan kewibawaan parti.
    .
    "Kami juga mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan tertinggi PKR dan berikrar akan meningkatkan gerak kerja parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 yang akan datang," ujarnya dalam kenyataan.
    .
    Krisis kerjasama politik PKR dan Pas tercetus apabila Majlis syura Pas Pusat telah memutuskan hubungan dengan PKR sejurus selepas muktamar Pas 2017.
    .
    Ekoran keputusan tersebut PKR melalui keputusan Biro Politik parti telah bermesyuarat dan bersetuju mengarahkan semua lantikan politik PKR negeri Kelantan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.
    .
    Keputusan ini telah disampaikan melalui surat Setiausaha Agung PKR bertarikh 17 Mei 2017.
    .
    Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan (MPN) telah mengadakan mesyuarat khas MPN pada 17 Mei dan sekali lagi pada 5 Jun 2017 dengan mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR.
    .
    Walau bagaimana pun, keputusan untuk meletak jawatan dipersetujui untuk dilaksanakan pada 31 Julai 2017.
    .
    MD
     

    1 comment:

    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete