Laudya Cynthia Bella Bakal Berkahwin Dengan Bekas Suami Erra Fazira ?


Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella hanya tersenyum saat ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42.

Menurut laporan Detik Hot, Bella, 29, memilih untuk menutup mulut saat media Indonesia bertanyakan mengenai perkahwinannya dengan bekas suami Erra Fazira itu.

Pelakon "Syurga Yang Tak Dirindukan" yang ditemui melemparkan senyuman sebekum berlalu pergi sambil melambaikan tangan saat soalan itu diajukan.

Beberapa bulan lalu pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta malah masing-masing hanya menujukkan bayangan bahawa mereka rapat dalam laman sosial sahaja.

Namun kedua-duanya memilih untuk menutup mulut setiap kali ditanya oleh wartawan.

Terdahulu menerusi Utusan Online, Bella dikatakan bakal berkahwin dengan Emran pada pertengahan September ini.

astroawani

Post a Comment

0 Comments