Nantikan "Nothing to Hide 3.0" Versi Jamal


Selepas insiden keganasan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2 di Shah Alam semalam, kumpulan Baju Merah pula mahu mengadakan acara hampir serupa.

Dinamakan Nothing to Hide 0.3, ketua kumpulan itu Datuk Seri Jamal Md Yunos bagaimanapun berkata program itu tidak akan melibatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar berkata akan mengundang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Tetapi kami tak jemput Tun Mahathir kerana kami bimbang di mana saja beliau hadir akan timbulkan kekecohan. Kami hanya akan panggil orang yang kita anggap sopan sikit," kata Jamal dalam sidang media di Ampang, hari ini.
Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.

Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib bagaimanapun tidak melayan undangan itu.
Sementara itu, Jamal mengumumkan Nothing to Hide 3.0 akan dilangsungkan pada pertengahan bulan depan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Majlis itu akan membincangkan persoalan integriti pemimpin-pemimpin pembangkang itu.
"Daripada mana asal usul Lim Kit Siang? Yang kita lihat banyak pertanyaan diajukan dalam laman sosial. Begitu juga dengan Lim Guan Eng.
“Apakah beliau dilahirkan di negara China dan bagaimana beliau mentadbir negeri Pulau Pinang sehingga menjadikan kawasan perumahan orang Melayu hampir pupus.
"Dan persoalan lain adalah untuk Azmin menjelaskan kepada rakyat Malaysia dan Selangor tentang janji manifesto pada PRU13 yang masih lagi belum ditunaikan sehingga hari ini," kata Jamal.
Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat, Johor.

MK

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete