Sadis! Kandang Lembu Diubahsuai Jadi Pondok Kediaman


Tidak mampu membayar sewa rumah, seorang tukang rumah mengubah suai kandang lembu untuk dijadikan pondok bagi membolehkannya dan isteri berteduh.

Ahmad Salleh, 59, dari Kampung Alur Saji, Bukit Kenak, dekat sini, bersama isterinya, Rosliza Jusoh, 49, tinggal di pondok berkenaan selepas siap sebulan lalu kerana tidak mempunyai kediaman sendiri.

Menurutnya, dia terpaksa mengubah suai kandang lembu berkenaan untuk dijadikan kediaman kerana sudah lama tinggal di rumah sewa, selain tidak mampu membayar sewa setiap bulan.

Pondok yang dibina sebulan lalu berukuran enam meter panjang dan 4.5 meter lebar sudah cukup dijadikan tempat dia dan isterinya berteduh.

“Saya cuma hadapi masalah bekalan air kerana kami terpaksa guna air perigi yang digali di tepi pondok untuk mandi dan memasak. Berikutan ketiadaan bekalan elektrik, kami hanya menggunakan lilin pada waktu malam,”
Ahmad berkata, walaupun dia seorang tukang rumah, agak sukar untuk membina rumah yang lebih sempurna kerana tidak mempunyai sumber wang mencukupi.

Pondok diubah suai atas tanah miliknya sendiri itu membabitkan kos RM2,500.
“Saya sudah bosan tinggal di rumah sewa sejak berpuluh tahun lalu dan terpaksa membina pondok sendiri kerana tidak mampu membayar sewa setiap bulan. Disebabkan tidak mahu menyewa lagi, saya menggunakan simpanan yang ada untuk membina pondok ini selain sebahagian strukturnya diperbuat daripada barangan terpakai dan hasil sumbangan jiran.
“Kami tidak menafikan turut menerima bantuan Dana Raya kerajaan negeri untuk menyambut Aidilfitri lalu dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada Kerajaan Pusat, semuanya digunakan untuk pembinaan pondok kediaman ini,”
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Alur Saji Fauzi Mohamad berkata, pihaknya sudah maklum mengenai keadaan yang dihadapi Ahmad dan isterinya itu.

Menurutnya, pihaknya sudah mengambil tindakan untuk membantunya dengan memohon pembinaan rumah kekal daripada kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah dihadapi pasangan terbabit.

HM

Post a Comment

2 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete