• Politik Terkini

    Friday, August 4, 2017

    Saman SR : Tiada Wakil PAS?

    Tentulah agak janggal kerana tidak ada wakil dari Hj Hadi atau Pas menghadiri pendengaran di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.
    .
    Bertambah janggal lagi, kerana akhbar berita rasmi Pas, Harakah tidak menyiarkan langsung tentang berita pendengaran pengurusan kes Hj Hadi terhadap Clare Brown, pengarang Sarawak Report  di Mahkamah Tinggi di London pada 2 Ogos lalu.
    .
    Apakah kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia berperanan sebagai wakil Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
    .
    Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri perlu memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
    .
    Sarawak Report sempat mengambil gambar tiga daripada enam kakitangan Suruhanjaya Tinggi yang hadir di mahkamah pada hari tersebut :
    .
    1) Mohd Hadrizammi Mustafa dari Jabatan Politik & Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Malaysia,
    .
    2) Pegawai Media Kedutaan (kiri), yang bertanggungjawab untuk fotografi, media sosial dan siaran akhbar, Wan Rosli Wan Osman dan
    .
    3) Encik Jesse Quiban, Setiausaha Kedua Hal Ehwal Bilateral, juga dalam bahagian 'Politik dan Keselamatan' bahagian Suruhanjaya Tinggi.
    .
    Jadi apakah kepentingan Kerajaan Malaysia dalam saman fitnah oleh seorang 'ahli politik pembangkang' terhadap Clare Brown seorang wartawan Sarawak Report?
    .
    Berhubung dengan kes pendengaran saman Hj Hadi keatas Clare Brown di Mahkamah London pada 2 Ogos lalu itu, apakah Pas boleh beri penjelasan terhadap perkara-perkara berikut :
    .
    1) Kenapa tidak ada wakil peribadi Hj Hadi?
    .
    2) Adakah 6 anggota kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia mewakili Hj Hadi dalam kes saman RM90 juta Sarawak Report ?
    .
    3) Kenapa Harakah tidak menyiarkan berita mengenainya?
    .
    4) Siapa yang tolong sediakan dana untuk segala urusan guaman di London?
    .
    Tanpa memberikan jawapan yang jelas keatas persoalan diatas itu, Pas tidak mungkin dapat membersihkan imejnya dari dakwaan menerima dedak dari 1MDB sebanyak RM90 juta dengan pendedahan di atas oleh Sarawak Report dan
    .
    Imej Hj Hadi dan Pas semakin berkecai dan berkecamuk menybabkan orangramai semakin hilang kenyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkannya selama ini.
    .
    Malah rakyat semakin menyakini bahawa memang sunggohlah bagai yang ditohmah - Hj Hadi dan Pas tersedak dengan dedak 1MBD!
    .
    Al hussein

    2 comments:

    1. Larrrr....Hussssain Royan Diabetes rupanya!! Wakakakaka

      ReplyDelete
    2. Jawapan dari pandangan saya.

      1) Peguam tu bukan wakil ke? Apa2 keputusan masa pendengaran kes mesti akan diberitahu pada TGHH. Zaman canggih, video conference lagi jimat. Rasanya semua maklumat pendengaran kes akan di faks/email pada anak guam. Klu ada wakil g nnt ada plak tanya mana dpt duit tiket, penginapan semua. Lagipun ni baru pendengaran kes.

      2)Bukan mewakili TGHH tapi mewakili kerajaan malaysia sbb yg dah diberitahu pada artikel diatas tu. Saman ada kena mengena dgn duit 1MDB, 1MDB bawah kerajaan. Dlm masa sama CB ada mention yg percaya dgn mahkamah malaysia. Apa kuasa PAS xnak bagi kerajaan follow kes nie?

      3) Harakah online ada bagitau. Rajin2 buka Harakah online ya.

      4) Dana mane dapat? Klu ada join facebook Friend of PAS or group whatapp pun ada bagi no akaun Maybank PAS utk kutip derma utk saman SR dan utk kutip dana pilihan raya. Senang cakap duit derma ahli PAS bang. X salah rasanya sbb Rafizi pun kutip derma utk byr kalah saman.

      Tak perlu saintis roket utk jawab soalan mcmni. Sekian.

      ReplyDelete