Isu Rohingya - PAS & UMNO Hipokrit Dalam Parlimen ?

Gesaan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO, untuk Pertubuhan  Bangsa Bangsa Bersatu- PBB,  memanggil sidang tergempar PBB bahas isu Rohingya adalah amat aneh dan berbau hipokrasi.
.
Pada sesi pertama Parlimen 2017 baru -baru ini saya, sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, telah mambawa usul untuk membahas isu pembunuhan kaum Rohingnya Myanmar tetapi telah ditolak oleh Speaker Parlimen. Tidak seorang pun ahli UMNO- BN atau PAS menyokong usul tersebut. Mereka semua  berdiam diri. Hanya ahli Parlimen Pakatan Harapan sahaja berdiri mendesak usul tersebut di terima.
.
Sekarang seolah ingin menjadi juara pula, Khairy minta PBB di New York panggil sidang khas sementara sidang biasa Parlimen Malaysia sendiri yang sedang bersidang dahulu tidak dibenarkan perbahasan.
.
Apakah sandiwara serta hipokrasi untuk memainkan isu tragedi umat Rohingya yang sedang dibunuh  beramai-ramai di PBB  yang jauh di New York sementara di Dewan Parlimen Malaysia sendiri perbahasan ditolak ! Perdana Menteri Najib pula ke Washington untuk bertemu Trump disaat DOJ Amerika sedang menyiasat 1MDB serta MO1 dan semasa Malaysia di ambang pilihanraya umum.
.
Sementara itu Pope Francis dari Vactican sedang merancang untuk ke Myanmar untuk cuba menyelesaikan isu Rohingya. Khairy patut menasihati bosnya sendiri untuk memperbetulkan keutamaan tanggungjawab serta  prioritinya terhadap umat Islam yang sedang dibunuh beramai ramai di Negara jiran. Apa telah terjadi kepada NGO Global Movements of Moderates yang diasaskan oleh Najib sendiri apabila golongan extremis kaum dan agama di Myanmar menjalankan pembersihan ethnik di negara jiran.
.
Kalau Ketua negara Islam yang jauh seperti Presiden  Erdogan dari Turki serta Pemimpin utama Iran sedang bersiap sedia menghantar bantuan rasmi kepada kaum Rohingya yang sedang di korbankan oleh  junta Myanmar, Najib lagi berminat bersiap sedia melawat Trump seorang yang telah menujukkan sikap perkauman dan anti Islam. Dimanakah keperhatinan Najib tentang kesengsaraan kaum minority Rohingya ?
.
Kalau di Parlimen sendiri tidak mahu dibahaskan kenapa hendak menjuarai di PBB pula?
.
Seminggu selepas usul Rohingya ditolak di Parlimen, UMNO dan PAS berhimpun di Stadium mini Titiwangsa untuk menjurai isu yang sama. Untuk menjadi konsisten Khairy patut menasihati Najib selepas beliau mengadap Trump di Washington ,beliau patut mengadakan perhimpunan bukan di bangunan PBB tetapi di Stadium Super bowl di New York bersama wakil wakil PBB dan UMNO.
.
Dengan cara ini UMNO akan terus kelihatan menjurai isu Rohingya walaupun umat Islam Rohingya terus dibunuh dan disembelih.
.
Inilah sifat hipokrit UMNO dan rakan rakannya yang ingin beraksi di pentas dunia PBB tapi menolak bahas di Parlimen sendiri. Sementara menjuarai pembelaan pembunuhan Islam Rohingya oleh tentera Myanmar, Malaysia membantu Amerika, Britain dan Perancis dibawah sekutu Saudi menyerang dan membunuh beribu orang awam Yaman. Laporan PBB setebal 242 muka pada Januari 2017 menyebut serangan keatas Yaman dengan penglibatan Malaysia merupakan jenayah perang. Kini kita nak naik pentas PBB pula mengutuk Myanmar membunuh umat Islam sementara kita sendiri bersama kuasa besar barat mengorbankan beribu Islam miskin Yaman.
.
Sekali lagi Malaysia telah menolak perbahasan di Parlimen pada awal tahun ini apa yang telah dilaporkan oleh  Laporan Bangsa-bangsa bersatu- PBB penglibatan Malaysia dalam serangan keatas Yaman. Khairy elok semak hansard Parlimen supaya ingat kembali sikap UMNO di Parlimen tentang isu Yaman di mana Malaysia juga terlibat jenayah perang.
.
Sesudah selesai pentas Sukan SEA , Khairy kelihatan mencari pentas publisiti baru pula pra PRU 14, dengan memanggil himpunan menyokong Rohingya pada hari ini, 8 September. Kenapa semuanya di luar Parlimen dan tidak didalam Dewan Parlimen yang mulia sejak tahun lalu lagi ?
.
Saya mencabar Khairy menuntut Persidangan Khas Parlimen Malaysia isu Rohingya sebelum kita menuntut PBB memanggil  sidang Khas di New York. Dahulukan yang wajib ditempat sendiri sebelum yang sunat di tempat orang. Itulah yang di tuntut olih Islam untuk melakukan sesuatu dengan keikhlasan dan bukan lebih bermotifkan politik kepartian. Semoga Allah memakbulkan permintaan kita yang ikhlas pada nya.     
.
Raja Bahrin Shah
Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah
Ahli Parlimen KUALA TERENGGANU

Post a Comment

1 Comments