• Politik Terkini

    Friday, September 1, 2017

    Jihad Rohigya - Kebangkitan Tentera Islam Rohigya ?

    Penduduk Rohingya terutamanya golongan lelaki mulai bangkit mengangkat senjata dengan menyertai kumpulan pejuang bagi memerangi tentera Myanmar yang menzalimi mereka.
    .
    Keadaan ini menjadi satu perubahan dramatik sejak bulan Oktober lalu apabila penduduk Islam yang sebelum ini menjadi mangsa penyeksaan sehingga terpaksa melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
    .
    Pada Jumaat lalu, pejuang Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) yang didakwa sebagai militan oleh kerajaan Myanmar, menyerang kira-kira 30 buah pondok polis sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang anggota keselamatan dengan hanya bersenjatakan pisau, senjata api dan bom buatan sendiri.
    .
    Seorang pelarian wanita Rohingya yang berjaya memasuki Bangladesh, mengakui bahawa suaminya menyertai gerakan untuk menentang tentera Myanmar.
    .
    Ayesha Begum, 25, yang sarat mengandung berkata, dia tidak menyesal jika suaminya tidak dapat melihat kelahiran anak keenam mereka kerana berjuang bersama-sama ARSA di Rakhine, Myanmar.
    .
    “Suami saya membawa kami sekeluarga menyeberangi Su­ngai Naf dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami.
    .
    “Kata suami, jika saya tidak melihatnya lagi di sebuah negara Rakhine yang merdeka atau tempat lain, kami semua akan berjumpa semula di syurga,” kata Ayesha sambil mengalirkan air matanya.
    .
    Krissmerah

    No comments:

    Post a Comment