JIKA BENCI, DENGKI KEPADA KERAJAAN PULAU PINANG, JANGANLAH SEHINGGA MENFITNAH.

KENYATAAN MEDIA
Setiausaha Penerangan Pakataan Harapan Pulau Pinang
21 September 2017
.
Pada Jun 2016, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyumbang RM15 juta untuk pembangunan Pusat Pendidikan Islam At-Itqan, Teluk Kumbar. 
.
Kerajaan negeri juga menyumbang RM1.75 juta secara tahunan kepada institusi pendidikan Islam melibatkan sekolah kafa, sekolah agama rakyat, tadika Islam (Tadis), maahad tahfiz dan pondok. Bantuan itu membabitkan tambahan elaun guru, penambahbaikan frasarana dan pembelian  alat bantuan mengajar.
.
Jumlah itu tidak termasuk sumbangan khas dan bonus tahunan kepada guru, pelajar dan kakitangan sekolah, pondok, Tadis dan  tahfiz serta sumbangan tahunan kepada para hufaz berjumlah RM500 seorang, melalui program Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz anjuran kerajaan negeri sejak 2008.
.
Sejak tahun 2008-2016, kerajaan negeri telah menyumbang RM57.64 juta untuk pembangunan sekolah pendidikan Islam di negeri ini. 
.
Sumbangan  tahunan itu, disalurkan kepada semua institusi Islam berasaskan permohonan dan keperluan mereka tanpa mengambilkira fahaman politik pemiliknya. 
.
Sumbangan sebesar itu, hampir 3 kali ganda melebihi sumbangan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional, iaitu kira-kira RM20.11 juta dalam tempoh yang sama dari tahun 1999-2007. 
.
Menuduh kerajaan negeri anti, benci dan dengki terhadap institusi agama, sepertimana tohmahan oleh Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Yusni Md Piah adalah berniat jahat.  
.
Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sejak 2010-2017 membuktikan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) telah menerima sumbangan hampir setengah juta iaitu  RM414,910,00  dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) sebanyak RM 196,610.00. 
.
Bukti itu sekaligus menolak fitnah yang dicanang oleh Yusni, kononnya kerajaan negeri tidak menyalurkan sumbangan kepada kedua-dua sekolah berkenaan, kerana kononnya  sikap hipokrasi dan  pilih kasih kerajaan negeri terhadap institusi pendidikan agama, khususnya milik PAS.
.
Jika benci sekalipun kepada kerajaan negeri, kerana berbeza fahaman politik, janganlah sehingga mengadu domba dan menabur fitnah. Sepertimana fitnah kononnya Pulau Pinang melarang azan, malah sehingga sanggup menghukum untuk mengebumikan orang Islam di jirat. Sesungguhnya dosa fitnah lebih besar daripada membunuh.
.
Kerajaan negeri memandang serius tragedi yang meragut nyawa pelajar dan guru-guru tahfiz di Selangor. Dan bertindak pro aktif bagi mengelak tragedi itu berulang di Pulau Pinang.
.
Sehubungan itu, sepertimana dijelaskan oleh Exco Hal Ehwal Agama Dato’ Abdul Malik Kassim, bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan keselamatan Maahad Tahfiz sehingga meragut nyawa para pelajar dan guru-guru.
.
Tegas beliau, kerajaan negeri akan terus membantu dan memantau  47 buah maahad tahfiz berdaftar dan kira-kira 20 buah  yang tidak berdaftar di negeri ini.
.
Malah kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan pusat termasuk meminda Akta Pendidikan (Akta 550) bagi membantu perkembangan institusi pendidikan Islam negeri ini ke arah lebih cemerlang.
.
Memetik kata-kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menyampaikan sumbangan kepada sekolah agama rakyat, sempena perasmian Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah Guar Jering, Permatang Pauh yang dibina oleh kerajaan negeri bernilai RM1.3 juta pada 13 November 2016 :-
.
“ Saya memberi jaminan kepada tuan-tuan, selagi Pakatan Harapan mentadbir Pulau Pinang, kerajaan akan terus memberi sumbangan dan membantu perkembangan institusi pendidikan Islam negeri ini.”
.
Zulkifli Mohamed
Setiausaha Penerangan,
Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Post a Comment

2 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete