• Politik Terkini

    Monday, September 25, 2017

    Mahathir - "Sarawak Akan Bantu HARAPAN Tawan Putrajaya"


    Walaupun digelar sebagai 'deposit tetap' BN, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pakatan Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu mencatat kemenangan yang baik di Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, seterusnya menumbangkan kerajaan BN.

    Pengerusi HARAPAN itu berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang jumlah kerusi parlimen yang disasarkan mereka di Sarawak pada PRU akan datang.
    "Kami belum kira (jumlah kerusi), tetapi berharap akan menang dengan jumlah kerusi (yang signifikan)," katanya pada sidang media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.
    Ketika ditanya adakah ia akan mencecah 20 kerusi, beliau berkata;

    "Saya tiada angka...Cukup untuk membentuk kerajaan (persekutuan)."

    Seperti di Semenanjung, pembangkang mendapat sokongan yang signifikan di kawasan bandar di sana.

    Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat memenangi 6 kerusi parlimen di negeri itu (5 DAP, 1 PKR), kebanyakannya kawasan bandar seperti Bandar Kuching, Sibu dan Miri.

    Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu berkata beliau bersedia untuk berjumpa dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi parti utama BN Sarawak.
    "Saya ingin berbincang dengan mereka. Sama ada mereka mahu atau tidak, saya tidak pasti. Sekarang semua orang seperti menjadi pemalu. Kali terakhir saya datang, orang boleh bersalam dengan saya," katanya.
    Mahathir menjawab soalan pemberita berhubung spekulasi yang beliau akan cuba mendapat sokongan PBB jika pembangkang gagal memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak pada PRU ke-14 untuk membentuk kerajaan persekutuan.

    PBB memegang 14 daripada 25 kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada PRU lalu.

    Mahathir membuat kunjungan kali pertama ke negeri itu selaku pembangkang. Beliau dijangka berucap dalam satu program di Kuching, malam ini.

    Program itu dijangka akan membentangkan manifesto HARAPAN bagi negeri itu pada PRU akan datang.

    MK

    1 comment:


    1. Salut , tabah untuk meningalkn orang tercinta di kampung terutama keluarga kecilku demi ingin merubah nasib dan mencari pengalaman walau kadang hati tak smpai demi masa depan . Sedikit berbagi cerita kpd teman2 Tki yg berada di perantauan . Karna Sy sudah 5 tahun tinggal di hongkong jd PRT gaji tdak seberapa Tetapi sy tidak putus asa . namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya . Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro +6282354640471 ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal . Karna tdk ada epek sampingnya . Alhamdulilah benar2 terbukti nyata hasilnya . Terima kasih ya allah atas semua rejekimu ini akhirnya sy bs pulang ke indo berkumpul keluarga kecilku lg .


      ReplyDelete