• Politik Terkini

    Wednesday, September 27, 2017

    Pesta Arak - Azmin Beri Tempoh 48 Jam Kepada Ututsan


    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi Utusan Malaysia tempoh 48 jam untuk memohon maaf berhubung artikel muka depan akhbar itu yang bertajuk 'Azmin benar pesta arak'.

    Sementara, tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas" dan tajuk artikel berkenaan berbunyi "Azmin tidak kisah pesta arak di Selangor."

    Peguamnya, Latheefa Koya berkata tuduhan yang terkandung dalam artikel itu adalah palsu, berniat jahat dan memfitnah, dengan tujuan mencemarkan nama baik Azmin.

    Sehubungan itu, Azmin menuntut penarikan semula artikel berkenaan, permohonan maaf di halaman utama dan janji untuk tidak mengulangi tuduhan sama pada masa akan datang.
    "Memandangkan betapa seriusnya dakwaan itu dan pengedaran akhbar yang meluas, sila nyatakan jumlah wang yang kamu sedia bayar sebagai ganti rugi kepada klien kami,” kata peguam itu.
    Laporan Utusan semalam memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.

    MK

    1 comment:


    1. Salut , tabah untuk meningalkn orang tercinta di kampung terutama keluarga kecilku demi ingin merubah nasib dan mencari pengalaman walau kadang hati tak smpai demi masa depan . Sedikit berbagi cerita kpd teman2 Tki yg berada di perantauan . Karna Sy sudah 5 tahun tinggal di hongkong jd PRT gaji tdak seberapa Tetapi sy tidak putus asa . namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya . Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro +6282354640471 ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal . Karna tdk ada epek sampingnya . Alhamdulilah benar2 terbukti nyata hasilnya . Terima kasih ya allah atas semua rejekimu ini akhirnya sy bs pulang ke indo berkumpul keluarga kecilku lg .


      ReplyDelete