Uncle 10sen - Anak Tahfiz Mati Kerana Keselekehan & Keselambaan Kita

Saya sungguh kecewa dimana kebakaran di sekolah Tahfiz tiada ada orang yang tampil kehadapan dan mengaku salah dan insaf. 22 nyawa kanak kanak melayang begitu sahaja. Sewenang wenang nya pula di klasifasikan mereka ini semua mati syahid.
.
Ia juga MATI KERANA KECUAIAN KITA, KESELEKEHAN KITA, KESELAMBAAN KITA SEMUA. Kita harus bertanggung jawab atas kematian anak anak kita . ANAK ANAK YANG TIDAK BERDOSA. Anak anak yang tidak tahu mengapa mereka mati. Semua autoriti dan juga penganjur harus bertanggung jawab.
.
TOLAK TEPI ISU AGAMA, ISU KAUM, ISU PERPOLITIKAN. MEREKA YANG MATI MEMEGANG IDENTITI ANAK ANAK MALAYSIA.  SAYA DAN KAMU , KITA SEMUA, SEMUA ANAK MALAYSIA harus lah bersedih dan mencari jawapan yang terbaik kerana kita TERHUTANG DENGAN MEREKA YANG TERKORBAN.
.
Ini adalah JENAYAH KECUAIAN dan kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar dan bangkit bahawa ia BUKAN MATI SYAHID TETAPI MATI KERANA KITA SEBAGAI PEMIMPIN yang CUAI DAN GAGAL. Tidak ada orang nak ambil responsibilities dan masing masing menuding kearah langit dan membaling lemparan TAKDIR.
.
Ini bukan Takdir. Ini adalah massacre of innocent children due to our complacent attitude and inept responsibilities. 22 NYAWA ANAK ANAK MALAYSIA MELAYANG BEGITU SAHAJA DAN sampai hari ini masing masing buat selamba sahaja. AYUH, BANGKIT LAH ANAK ANAK MALAYSIA.
.
Its time kita periksa segala asrama, sekolah sekolah agama, tak kira apa agama, tempat tempat kanak kanak berkumpul dan penginapan mereka agar KECUAIAN MEMBUNUH INI tidak berlaku lagi.
.
Ramai akan persoalkan saya sebagai seorang Cina  mengapa mahu menyoal bab sekolah Tahfiz tetapi SAYA ADALAH ANAK MALAYSIA DAN SAYA BERHAK TUNTUT YANG TERBAIK UNTUK ANAK ANAK MALAYSIA YANG LAIN. Saya adalah seorang bapa dan saya adalah bapa kepada semua anak anak Malaysia. Mereka yang terkorban adalah juga anak anak saya kerana mereka adalah anak anak Malaysia.
.
SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA AYAH DAN IBU SERTA AHLI KELUARGA yang terkorban kerana KITA HARUS SEDAR KECUAIAN DAN KESELEKEHAN DAN KESELAMBAAN kita semua sebagai autoriti, komuniti, penganjur telah menyebabkan anak anak kita terkorban dengan tragis nya.
.
Saya bagi pihak ANAK ANAK MALAYSIA MEMOHON MAAF DAN AMPUN dari ayah dan ibu kerana sistem yang cuai dan selekeh serta tidak peduli kita telah menyebabkan kehilangan nyawa anak anak kita. MOHON MAAF.
.
Kuan Chee Heng

Post a Comment

0 Comments